SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Monday 5 December 2011

wanita suka kritik


Semua lelaki merasakan pengalaman yang sama, dikritik pasangannya. Sayang, lelaki seperti tidak peduli dan tak mahu menghentikan perlakuan yang membuatkan pasangannya terganggu.
Perbezaan biologi dan cara bersosial menjelaskan mengapa lelaki cenderung menjadi orang yang sering dikritik dalam suatu hubungan. Periksa beberapa perkara yang membuat kekasih Anda "meledak" dan bagaimana Anda menangani dan meredakannya.


Wanita mengekspresikan diri secara berbeza

Kajian telah menunjukkan bahawa wanita cenderung menghasilkan lebih banyak mesej berorientasi emosi daripada lelaki. Satu penyelidikkan menemui bahawa ketika diminta untuk menulis cerita tentang cinta, narasi lelaki 50 peratus lebih pendek daripada wanita.
Selain itu, banyak bukti menunjukkan bahawa lelaki lebih menggunakan pendekatan berfokus pada masalah ketika berada dalam situasi penuh tekanan, sedangkan wanita lebih kepada kecenderungan emosional.
Gaya ekspresi berbeza ini menjelaskan mengapa Anda berdua mempunyai pandangan berbeza mengenai soal cinta. Contohnya, Anda memetik setangkai bunga di taman sebagai simbol perasaan cinta untuknya, tapi dia tidak mengerti maksud Anda. Juga, ketika Anda bercerita setelah melalui hari buruk. Anda ingin membantunya menyelesaikan masalahnya, tapi ternyata dia hanya perlukan kata-kata sokongan sahaja.
Akibat perbezaan gender ini, Anda mungkin akan sering dituduh pasangan kurang mencintainya kerana dia mengharapkan Anda menjadi lebih ekspresif.

Cubalah mengekspresikan perasaan positif terhadap pasangan Anda berulang kali, tapi jangan lupa untuk membiarkannya tahu bahawa ketika Anda melakukan sesuatu untuk dia, seperti menggantikan tayar keretanya, itu adalah cara lain untuk mengatakan Anda peduli.

Lelaki perlu masa lebih lama untuk meredakan emosi

Ketika Anda berselisih faham dengan pasangan, dan mulai marah, kemungkinan Anda akan menarik diri dan menutup perbalahan secara emosional. Ini kerana ketika lelaki terbeban oleh emosi negatif, tubuhnya memberi dua pilihan, iaitu melawan atau menarik diri.
Alasan lelaki untuk menarik diri adalah kerana sistem kardiovaskular lelaki jauh lebih reaktif terhadap stres dibandingkan wanita, membuatnya merasa sangat tidak selesa dengan emosi negatif.
Sayangnya, wanita menilai tindakan demikian sebagai cara lelaki untuk lari dari masalah dan tak mahu mendengar pendapatnya. Masalah menjadi terperangkap dalam lingkaran syaitan yang tidak berpenhujung pada penyelesaian dan berimpak besar pada kualiti perhubungan. Wanita pun semakin mengkritik Anda!
Untuk membebaskan diri dari kitaran negatif ini, bersikaplah tegas. Saat perselisihan makin panas, katakan dengan tegas! "Sekarang aku betul-betul beremosi dan tak nak meneruskan 'perbincangan' ini. Tolong, beri aku waktu 40 minit supaya aku boleh berpikir dengan waras."
Katakan secara spesifik perasaan dan keperluan Anda untuk 'berehat' dari pertengkaran. Jadi, dia tahu keadaan Anda dan akan menerima kenyataan Anda kerana dia tidak akan merasa diabaikan.

Wanita mudah terlibat secara sosial

Beberapa teori spekulasi bahawa otak wanita lebih cemerlang untuk hubungan sosial daripada lelaki. Contohnya menurut Dr Luan Brizendine, penulis The Female Mind. Ia mengatakan bahawa sejak bayi, wanita telah menunjukkan kemampuan ini. Bayi perempuan akan menghabiskan lebih banyak waktu menatap mata orang lain daripada bayi laki-laki. Kemudian di masa kecil, perempuan cenderung bermain game yang melibatkan hubungan daripada senario advanture  penuh aksi.
Seterusnya, wanita rata-rata mengucapkan 20,000 perkataan sehari dibandingkan lelaki yang hanya 7,000 perkataan. Bercakap, bagi wanita, adalah sebahagian dari harga diri. Ketika wanita tidak dapat memuaskan keperluan ini, dia akan berupaya untuk menarik perhatian Anda, termasuk mengkritik.
Supaya Anda mempunyai waktu yang untuk diri sendiri sekaligus merasa dihargai, luangkan waktu untuk bersembang (walau tidak penting) dengannya, bahkan mungkin jika hanya 20 minit sehari. Berikan perhatian penuh dan cuba untuk tidak mengambil alih percakapan. Setelah itu, katakan dengan jelas bahawa Anda perlu waktu untuk bersendirian.

Lelaki tak boleh berkongsi kekuasaan

Dalam hubungan romantis, lelaki biasanya mempunyai kesukaran lebih besar untuk berkongsi dibandingkan dengan wanita. Menurut pakar hubungan John Gottman, jika Anda tidak mahu berkongsi kekuasaan dengan pasangan, 81 peratus kemungkinan hubungan Anda tidak akan bertahan. Apalagi bila ada ketidakseimbangan besar di dalamnya, Anda mungkin lebih banyak menerima kritikan darinya.

Mualakan dengan "menyerah" pada salah satu permintaannya yang tidak terlalu penting bagi Anda atau berbincang untuk keputusan penting bersama-sama.


No comments:

Post a Comment