SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Sunday 25 December 2011

5 Tips Perkenalan Dengan Gadis


1. Topik Menarik
Anda perlu berkomunikasi. Komunikasi perlu bagi memudahkan perkenalan anda. Janganlah jadi seorang yang kaku hingga menyebabkan pertemuan menjadi hambar. Pastikan anda seorang bijak berbicara dan ada saja topik ingin dibualkan. Pastikan perbualan anda itu membuatkan pasangan tertunggu-tunggu dengan penuh menarik sehingga anda kehabisan kata-kata.

2. Kata-kata Pujian
Memuji memang perlu. Ia bagaimanapun, mesti dizahirkan dengan ikhlas dan jujur. Jangan berlebih-lebih kerana kadangkala ia membuat si gadis meluat. Kata-kata pujian adalah satu dari daya tarikan. Pastikan dalam setiap perbuatan dilakukannya, anda dahulukan dengan kata-kata terima kasih. Biar pun dilihat agak janggal dan jarang dibuat tetapi wanita merasakan anda seorang lelaki yang prihatin dan calon sesuai untuk pasangan hidup.

3. Kreatif
Bukan semua wanita mencari keseronokan bila mereka berkenalan dengan lelaki. Perkenalan adalah langkah permulaan untuk menilai peribadi bakal pasangan. Oleh itu sewaktu berhadapan dengan mereka, jadilah seorang yang berdaya kreatif. Pastikan anda dilihat sebagai lelaki yang bijaksana dan pandai mengambil hati.

4. Jujur
Awas dengan perkataan anda. Biasakan diri berkata sesuatu yang benar dan jujur. Tak perlu berselindung atau mereka-reka cerita yang akhirnya nanti akan memakan diri sendiri. Selalunya pada pertemuan pertama, pasangan mengambil langkah berhati-hati terutama dalam tutur kata. Mereka merasakan ada perkara yang sesuai atau tidak dibicarakan. Namun untuk bersikap lebih telus dengan pasangan, berceritalah dengan jujur kerana kebaikan selalunya mengatasi perkara buruk yang pernah anda lakukan.

5. Minta Pandangan
Jangan berfikir bahawa anda selalu betul dalam semua perkara. Sebaliknya tanyalah pasangan dan minta buah fikirannya. Sebagai contoh anda ingin membeli baju dan minta dia cadangkan gaya dan warnanya. Keterlibatan dirinya akan membuatkan dia rasa dihargai dan anda adalah lelaki yang tidak berfikiran jumud.

No comments:

Post a Comment