SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Sunday 25 December 2011

keperluan bagi mengadakan hubungan seks


Setiap pasangan mempunyai keperluan dan keupayaan bagi mengadakan hubungan seks atau bersetubuh yang berbeza-beza. Setiap individu mempunyai paras atau degree yang berlainan di dalam mengadakan hubungan seks atau bersetubuh. Perbezaan di dalam kekuatan atau keupayaan mengadakan hubungan seks mungkin diwarisi turun temurun atau mungkin dipengaruhi oleh suasana yang timbul di zaman kanak-kanak.

Kedewasaan dan kematangan memainkan peranan yang utama di dalam menentukan keupayaan tenaga seks seseorang yang telah dewasa. Didikan merupakan perkara penting di dalam menentukan keupayaan seks seseorang. Seorang ibu mungkin mendidik anak perempuannya sewaktu kecil bahawa hubungan seks itu adakah satu perbuatan yang sumbang dan kotor.

Secara tidak lansung, anak ini akan memperolehi satu matlumat bahawa hubungan seks itu tidak baik. Perkara ini akan terus diingati sehingga si gadis menjelang dewasa. Akibatnya, emosi si gadis sudah dikuasai bahawa seks itu adalah satu perbuatan yang tidak bersih. Ini akan menurunkan paras keupayaan seks si gadis bila dia berumahtangga nanti.

Pada peringkat akil baligh, rembesan-rembesan hormon dari ovari menandakan keinginan seks telah bertunas. Tetapi tenaga dan keupayaan seks ini tertakluk kepada pengaruh-pengaruh psaikologi yang telah muncul seiring dengan proses akil baligh. Pengaruh-pengaruh lain yang timbul akan memberi kesan yang besar kepada keupayaan seks seseorang.

Sungguhpun terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan di dalam menentukan keupayaan seks mereka, konflik akan timbul di antara pasangan bila mereka mengadakan hubungan seks bersama. Keupayaan ini tidak seimbang, seorang mempunyai keupayaan yang tinggi dan seorang terlalu rendah. Keupayaan seks seseorang lelaki akan menjadi lebih tinggi bila menjelang kedewasaan dan menurun semula bila hampir meningkat tua.

Bagi perempuan pula, paras keupayaan seks mereka merupakan satu yang penting. Ini bermakna keupayaan seks wanita mesti dipeliharai secara harmoni agar seimbang dengan keupayaan seks kaum leaki. Masalah akan timbul jika keupayaan seks perempuan terlalu rendah. Akibatnya pasangannya terpaksa menahan keupayaan seks mereka.

No comments:

Post a Comment