Tidak sukar
untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja
sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk
kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka
ni.
Sudah pasti
ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia
terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia
benar-benar menyayangi anda atau tidak.
Peringatan :
Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah
ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan
1. Mula
Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia
Banyak
perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya
kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada
di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan
anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia
pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan
wangian menusuk kalbu.
Adakah ini
bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak
buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan
sayang dan penghargaannya kepada anda.
2. Dia Asyik
Curi Pandang Anda
Pernahkah
ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan
si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura
menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu
diri sendiri bahawa dia mencintai anda.
3. Dia Adalah
Pahlawan Sejati Anda
Ketika anda
dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda
pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda,
tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara
‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.
4. Dia
Berkawan Dengan Kawan Anda
Si dia tahu
bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting
dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah
untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda
adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.
5. Dia Jujur Kepada Anda
Lelaki yang
benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di
hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita
kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya
melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.
No comments:
Post a Comment