SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Monday 12 December 2011

Kita mempertikaikan Hukum Hudud?? Bodohnya video 1Malaysia


Kalau sebelum ini ada keluar video youtube sembang rakyat yang memapar & membincangkan isu kedai 1Malaysia dan juga hukum hudud. Ala-ala borak-borak di kedai kopi. Bukan tahap lakonan setiap pelakon yang kami nak perhatikan. Bukan…Tapi isi perbincangan dalam video sembang rakyat tersebut.

Kalau sebelum ini laman Sembang Rakyat ada mengeluarkan video mengenai HUDUD.. Terbaru, keluar satu lagi video sembang rakyat yang mengandungi pelbagai perbincangan hangat di Malaysia termasuklah diselitkan sama isu hudud.


Antara dialog-dialog dalam video sembang rakyat di atas yang berjaya menarik perhatian kami :

·         Jangan biasa ikut pintu belakang, nanti orang cakap boleh jadi “pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim”
·         Datuk Nik Aziz tak habis-habis dengan retorik lama, dah nak pilihanraya umum ni mulalah dengan isu HUDUD
·         Kelantan dah 3 tahun jadi champion (juara 3 tahun berturut-turut paling ramai pengidap AIDS/HIV)
·         Kalau buat HUDUD tiada apa jadinya, lagi teruk jadinya


Isu utama di dalam video tersebut mempertikaikan kredibiliti pemimpin yang disebut dalam video sembang rakyat tersebut, perkara kedua. Tetapi yang kami cukup kesalkan dengan pandangan buruk sehingga sanggup mempersenda dan menghina hukum Allah, HUDUD.

Bagi kami, kita sering melatah apabila agama lain mempersendakan agama Islam, tetapi saudara seislam kita sendiri sanggup mempersendakan agama Islam. Mengapa sampai ada kalangan yang sanggup bertindak sebegini rupa?


Lain pula jadinya di Brunei…
Setelah 27 tahun negara Brunei mencapai kemerdekaan sejak tahun 1984, baru-baru ini dalam Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mahu Undang-undang Syariah Islam yang di dalamnya terkandung juga HUDUD dilaksanakan di Brunei….

Setelah kami mendengar sendiri sebahagian ucapan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini, kata-kata yang berjaya menarik perhatian kami adalah :

“Siapakah kita di hadapan Allah untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu sedangkan undang-undang ini bukanlah baru digubal, tetapi telah termaktub didalam Al-Quran dan Al Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih”


Malaysia pula kena tunggu berapa tahun lagi? 20 tahun? 30 tahun? Atau…….?? Seperti dalam artikel kami sebelum ini mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia, kami tidak mengharapkan pun hukum Hudud akan dilaksanakan secepat mungkin, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha ke arah penerapan ilmu dan pendedahan kepada masyarakat terutamanya kepada orang Islam mahupun bukan Islam (supaya mereka tidak skeptikal atau salah faham mengenai undang-undang Hudud ini). Adakah sudah bermula? Itulah persoalannya….Adakah ini pun memerlukan berpuluh tahun lagi baru hendak bersedia?

Kita “lebih sibuk” dan gemarkan perpaduan Melayu islam sedang rakyat di Malaysia dah bersatu lama dah. Dengan majoriti ahli parlimen  beragama Islam di Dewan Rakyat dari dahulu sehingga sekarang. Mudah sangat nak draff undang-undang Hudud di Malaysia kalau nak diluluskan. Cuba, persoalannya mahu atau tidak sahaja.


Apa yang kami lihat, pelaksanaan Hudud di Malaysia dilihat sukar dilaksanakan disebabkan beberapa faktor:

Golongan atasan yaag mana beragama Islam itu sendiri terlibat sama dengan perbuatan skandal seks, pecah amanah, rasuah, pembunuhan, salah guna kuasa dan lain-lain lagi

Yang keduanya, terdapat golongan ahli politik beragama Islam yang lebih mementingkan kedudukan & pengaruh politik mereka dengan menjaga hubungan antara satu sama lain daripada membincangkan soal pelaksanaan hukum Hudud ini selanjutnya


Akhir sekali kepada masyarakat itu sendiri, tiada usaha ke arah didikan kepada mereka bagi memberikan pemahaman berkaitan pelaksanaan hukum yang sebenar-benarnya sehingga ada kalangan suka-suka sahaja memberikan andaian pmahaman sendiri setelah isu ini terus “dimainkan”

Yang bukan Islam  kalau mereka tidak menyokong Hudud tidak hairanlah. Yang menjadi pelik dan hairan bagi kami jikalau orang Islam sendiri tidak menyokong pencipta Hukum Hudud iaitu Allah S.W.T sendiri. Lihat sahaja masalah sosial dan kadar jenayah di Malaysia sejak berpuluh tahundahulu, adakah makin sejak dilaksanakan undang-undang konvensional? Tidak perlu tunggupelaksanaan hukum hudud di Malaysia dilihat berasaskan parti, “Pimai-pimai Tang Tu” juga.

Kalau dilihat sekarang ini….

·         Yang Dipertuan Agong beragama Islam
·         Perdana Menteri Beragama Islam
·         Majoriti ahli parlimen beragama Islam
·         Majoriti rakyat Malaysia beragama Islam
·         Agama rasmi di Malaysia adalah Agama Islam


Sukarkah mulakan tarbiyah terlebih dahulu kepada rakyat Malaysia seterusnya ke arah pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia tidak lama lagi?
Bukan senang nak laksanakan hukum hudud dengan begitu mudah nak potong tangan orang sahaja. Tidak sebegitu mudah. Ada tatacaranya. Walaupun ada keraguaan yang kecil pun boleh terbatal (gugur) hudud dan jadi ta’zir (budi bicara pemerintah/penguasa). Hukum HUDUD ini hanya untuk menghukum/mengajar mereka “yang benar-benar bersalah” sahaja sehingga di luar keraguan prima facie, yang sememangnya secara jelas telah bersabit kesalahan.

Dan hukum hudud punya sebatan tidak seazab sebat di penjara itu sampai terkoyak daging punggung pesalah, itu azab namanya. Sepatutnya pelaksanaan hukuman kepada pesalah dijadikan contoh dan iktibar supaya kita semua insaf dan memberikan pengajaran semua tidak diulangi sekali lagi pada masa hadapan. Apa pengajaran yang masyarakat di luar perolehi kalau hukuman dilakukan di dalam penjara sahaja?

No comments:

Post a Comment