SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Monday 12 December 2011

Melaka Maju?? 2 kita yang tertipu??


Apa sudah jadi? Organization for Economic Cooperation and Development(OECD) mengesahkan bahawa mereka tidak pernah mengiktiraf negeri Melaka sebagai negeri maju kerana ianya di luar bidang kuasa mereka.

Wakil OECD, Jon Hall berkata melalui email yang dihantar ke Malaysia Insider, bahawa media mungkin telah salah faham mengenai peranan OECD dalam isu ini kerana, OECD sendiri tidak mempunyai kapasiti untuk mengiktiraf taraf kemajuan sesebuah negara atau negeri.Berikut adalah petikan Jon Hall di dalam emailnya:

“The OECD did not endorse the Malaccan declaration, mainly because we are not in a position to do so.”

“As I tried to stress in my speech on Wednesday (October 20), there is no official definition of a developed country (at least none that I am aware of) so the OECD are in no position to set the criteria,”

Hall, juga turut berada pada malam 20 Oktober 2010 disamping Ketua Menteri Melaka, Mohd. Ali Rustam untuk majlis pengisytiharaan tersebut. Tapi dia mengatakan bahawa dia tidak jelas tentang maksud perasmian terbabit kerana tiada juru alih bahasa untuk memberitahunya apa yang berlaku.

Selepas sahaja pengisytiharaan, pegawai-pegawai OECD memaklumkan kepada Hall samada OECD mempunyai kuasa untuk mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Tapi, walau apa pun, Hall juga mengatakan ianya tidak salah sekiranya Melaka mengambil indikator OECD dalam menilai tahap ekonomi sesebuah negara di mana, di dalam laporan, Melaka telah melepasi kesemua 32 indikator yang ditetapkan oleh OECD untuk 33 buah negara yang lain seperti mana ucapannya:

“The criteria you mention were set by the Malaccan statistics office and benchmarked against OECD member countries — all that work was done by the Malaccan authorities although they used the OECD data where possible, I believe,”

“They felt that one way would be to benchmark themselves to the OECD averages, which to me, seems as a reasonable approach as any so long as they picked a selection of indicators (not just income-based ones) and had a public debate,”

Namun bagi kami, yang layak untuk menyatakan sesebuah negeri itu maju, adalah rakyat negeri Melaka sendiri. Sekiranya mereka merasakan bahawa sememangnya Melaka layak di gelar Melaka Maju, maka itu adalah pandangan mereka.

No comments:

Post a Comment