Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung
kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam.
Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan
dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan
oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga,
ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh
Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa
pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.
Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan
simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri
kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).
Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan
kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak
berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita
berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah
maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri
jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa
segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa
yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi
kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak
dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan
rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk
nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan
puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di
bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan
membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat
kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat
kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka
gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak
belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula
bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam…
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00
satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00
sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan
kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau
bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang
malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak
panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia
begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada
dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah,
masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,
bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumahtangga kurang bahagia.
11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau
emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel
tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah
sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita
berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada
kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan
yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang
menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: ‘Sampaikanlah dariku
walaupun satu ayat.’ (Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment