Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur
sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan
mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik
mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup
bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya,
bernama Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita
lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu
perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu
bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria
curang dgn abang selama ni?"
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang
muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria
mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"
"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi
tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan
isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran
cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah
dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir
nak dirampas oleh bank"
"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si
suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang
tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah
kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."
"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan
ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita
jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"
"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut
sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita
"Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti
ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat
pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."
"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan,
tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita
jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak?
", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh
lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan
abang perlukan 248 undi lagi...."
Tan Sri pengsan kat situ jugak...
No comments:
Post a Comment