SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Sunday 25 December 2011

gadis high maintance


Apa yang dikatakan dengan gadis 'high maintenance' ini? Ramai laki yang beranggapan bahawa gadis atau perempuan sebegini adalah mereka yang mementingkan materialistik serta kecantikan. Namun, ia sebenarnya adalah cara bagaimana gadis itu untuk tampil terbaik buat pasangannya.




Ya, laki selalu merungut kalau pasangannya tak pandai bergaya, tak pandai jaga badan, tak pandai bersolek, tetapi hakikatnya, laki itu sendiri tidak menjadi sumber inspirasi buat gadis tersebut. Laki lebih suka komen dan cemuh tetapi jarang nak sokong. Akibatnya pasangan laki ini terus-terusan begitu.

Mereka Bukan Dambakan Wang Ringgit
Gadis 'High Maintenance' bukanlah gadis yang dambakan wang ringgit, mereka sebenarnya cuba untuk jadi yang terbaik dari terbaik. Mereka sukakan kecantikan, maka kecantikkan itulah yang jadi keutamaan. Mereka ingin tampil menarik kerana itulah kelebihan yang mereka ada.




Mungkin pendapat laki mengatakan bahawa apa yang mereka (gadis) ingin kecapi itu memerlukan belanja yang besar, lalu dicop sebagai materialistik tetapi sebenarnya ia merupakan jalan buat gadis itu untuk tampil apa yang laki semua mahukan - cantik.

Support Jika Anda Laki Yang Inginkannya
Seandainya laki sendiri yang selalu memberikan komen negatif pada pasangan mengenai kecantikan dan pada masa yang sama tak pula nak support, jadi macam mana? Akhirnya nanti, kebahagiaan pula yang jadi terancam.








Jika anda sebagai pasangan kepada seorang gadis yang inginkan kecantikan jadi sandaran, kalau boleh janganlah merungut apabila si gadis itu meminta sesuatu untuk dia tampil cantik buat anda.

No comments:

Post a Comment