SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Tuesday 13 December 2011

Kes Rogol makin berleluasa

Petikan dari Harian Metro 13 Dis 2011


Hamba nafsu bapa
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tergamak menjadikan anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebagai hamba seksnya sejak setahun lalu di Jinjang.
Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa lelaki berusia 37 itu juga terpaksa menanggung rahsia besar bapanya yang mengugutnya supaya tidak membocorkan perbuatan jijik berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahan menjadi hamba seks bapanya nekad menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Jinjang selepas dia sekali lagi dirogol suspek, kelmarin.

Sumber berkata, episod hitam itu bermula pada tahun lalu apabila bapa kanak-kanak berkenaan membawanya ke tempat kerja di ibu kota dan merogol mangsa.
“Dia yang gagal melawan hanya mampu berdiam dan menangis ketika menjadi mangsa nafsu seks bapa.
“Mangsa yang ketakutan hanya mampu berdiam dan terus menyimpan rahsia itu kerana bimbang dicederakan,” katanya


(AWAS!!! PAPARAN GAMBAR-GAMBAR DIDALAM ISU NI HANYA UNTUK RENUNGAN & PANDUAN KEPADA SEMUA. BUKAN UNTUK MENGAIBKAN MANA-MANA PIHAK..dari sumber yahoo image)


UMPAMA haruan makan anak, gejala sumbang mahram bagaikan kudis bernanah atau barah yang semakin parah di dalam masyarakat.

Bukan isu baru. Bahkan, sudah banyak perbincangan, seminar, perdebatan, pembentangan kertas kerja daripada semua sudut agama, perundangan, ahli akademik dan sebagainya, namun kes terus meningkat.

Ada ayah rogol anak, abang rogol adik, datuk rogol cucu, pak cik rogol anak buah serta datuk, ayah dan abang sepakat merogol mangsa yang sama.

Di samping faktor utama tiadanya iman di dada, gejala turut berleluasa dengan pengaruh bahan-bahan lucah yang mudah diperoleh di mana-mana.

Walau apa pun alasan mereka, perbuatan jijik dan hina itu tidak harus dimaafkan dan ditutup begitu sahaja.

Hukuman berat bukan semata-mata balasan, tetapi pengajaran kepada masyarakat keseluruhan yang seharusnya tidak bertolak-ansur sama sekali terhadap orang yang melakukan jenayah keji ini.



Menghadapi persoalan ini, baik mangsa mahupun mereka yang terdekat pasti akan berada dalam situasi ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Perasaan marah dan kecewa kepada perogol bercampur baur dengan rasa takut dan malu yang bakal ditempuhi jika peristiwa itu didedahkan kepada umum.

Walau apa pun rintangan yang perlu dihadapi, mangsa, ibu atau saudara mara harus membawa perkara tersebut kepengetahuan pihak berkuasa.

Tindakan berdiam diri atau berpura-pura tidak tahu bukan sahaja memburukkan lagi keadaan, malah seolah-olah mereka redha dengan perbuatan terkutuk itu.

Oleh kerana malu berhadapan dengan masyarakat, sumbang mahram dibiarkan menjadi kudis dan nanah dalam keluarga.








Jika ada yang membuat laporan, mereka meminta agar tindakan tidak dikenakan kepada suami kerana bimbang keharmonian rumah tangga tergugat serta hilang mata pencarian.

Seolah-olah, mereka sanggup membiarkan anak yang menjadi mangsa sumbang mahram berterusan menderita tekanan psikologi dan mengharungi masa depan yang tidak ketentuan.

Jangan kerana ingin menjaga keharmonian rumah tangga, si ibu sanggup membiarkan anak menjadi mangsa seksual ayah, abang atau pak cik.

Ia bukan sahaja berdosa dari segi agama, malah ia merosakkan aspek pembangunan mangsa serta menggelapkan masa depan mereka,

Apakah yang dimaksudkan dengan rogol?

RAPE IS VIOLENCE

Mengikut seksyen 375, panel kod  Malaysia, seorang lelaki itu dikatakan telah melakukan perbuatan rogol jika dia telah mengadakan persetubuhan dengan seorang perempuan dalam keadaan-keadaan seperti berikut:
• Tanpa kerelaan perempuan tersebut 
• Tanpa mendapat keizinan perempuan tersebut 
• Dengan kebenaran, tetapi kebenaran itu diperolehi dengan ugutan bunuh atau
  kecederaan kepada beliau atau kepada orang lain, atau menyalahanggap fakta yang
  sebenar dan lelaki tersebut tahu atau mempunyai sebab untuk percaya akibat dari
  salah anggapan tersebut 
• Dengan kebenaran perempuan tersebut tetapi dengan menipu 
• Dengan kebenaran, tetapi semasa kebenaran itu diberi, perempuan itu tidak faham  
  apa sebenarnya yang berlaku dan akibatnya dari memberi kebenaran tersebut,
  contohnya sewaktu perempuan itu mabuk, kurang sedar dan kecacatan mental 
• Jika perempuan tersebut di bawah umur, walaupun dengan kebenaran

Apakah kesan rogol kepada mangsa?
Sebaik sahaja selepas kejadian: 
• Reaksi emosi (marah, takut, gelisah, malu, rasa bersalah, terhina, menyalahkan diri
   sendiri dan rasa lemah)
Kesan jangka panjang:
• Kehamilan yang tidak diingini, Penyakit kelamin, Gangguan tidur, Kemurungan, 
  Sentiasa terbayang peristiwa tersebuts, Perasaan takut yang melampau, Gagal   
  dalam perhubungan. Mereka yang mengalami trauma secara psikologi mungkin akan
  menunjukkan tingkahlaku untuk membunuh diri dan perlu kepada pertolongan pakar
  psikiatri










No comments:

Post a Comment