SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Monday 19 December 2011

Gadis melayu terakhir

Wahhh...dah lama ku tunggu penampilan dia setelah kali terakhir tengok dia berlakon di dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa. Dia adalah salah seorang pelakon perempuan yang aku paling suka & minati (kalau boleh nak jadikan dia calon isteri hihihi) sebab dia mempunyai wajah melayu asli yang lembut dan menawan, selain daripada bakat lakonan yang baik. aku teruja gile tengok dia masa dia berlakon dalam filem epik Hikayat Merong Mahawangsa. cair beb aku......huhuhu 


Gadis cantik yang aku maksudkn ni adalah Ummi Nazeera. Korang tak kenal ke?? hihihi gile la if dia jadi awek aku..lautan air sanggup aku redah,tapi lautan api so sorry..gile korang..if aku redah juga mati la aku so nanti Ummi sape nak jaga?? hahahaha..




So,aku tak sabar nak tengok cite lakonan baru dia yang bertajuk filem Penanggal, terbitan bersama Astro Shaw dan Grand Brilliance. Girl,show me your beauty in screen.. Di dalam filem ni,gadis ku ni memegang karakter Murni, gadis malang yang tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng dan melarikan diri ke Kampung Jawa untuk perlindungannya. Ketika di sana, Murni didera orang kampung yang dapat tahu dia adalah penanggal. Murni adalah gadis yang keliru dan tiada pegangan agama. Apabila dia dengar bacaan surah Al-Ikhlas, dia hanya menarik kepalanya kerana dia tidak pernah diajar membaca ayat suci sebelum ini.

Filem genre seram Penanggal memulakan penggambarannya bermula 10 Disember lalu. Berlatarbelakangkan era 1930-an, penggambaran selama 45 hari dan dijangka berakhir pada penghujung Januari nanti. Ia membabitkan lokasi sekitar Hulu Langat, Taman Melawati, Banting, Kuala Terengganu dan beberapa perkampungan di Perak.

Ia dimantapkan lagi dengan barisan pelakon iaitu Fasha Sandha, Zul Ariffin, Normah Damanhuri, Latif Borgiba, Kuswadinata dan Fauziah Nawi.







No comments:

Post a Comment