SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Sunday 25 December 2011

cara mengelak selulit pada tubuh


Selulit adalah gumpalan lemak yang terdapat di dalam tubuh.  Gumpalan lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan kulit ada menggerutu seperti kulit limau.   Selulit pada tubuh mencacatkan keindahan pada kulit.  Ia boleh ‘menyerang’ wanita atau lelaki tidak kira umur .

Selain perawatan tubuh, selulit juga boleh dihindari dengan mengamalkan pemakanan yang betul.  Menurut Christine Gerbadst, MD dari American Dietatic Association, “Pilihlah makanan yang boleh melembabkan kulit, mengandungi kolagen dan mencegah penyimpanan lemak untuk mengatasi selulit,”

Untuk mendapatkan kulit yang halus & bebas dari selulit, anda perlu amalkan tiga perkara ini:

1)     Minum air secukupnya
Bahagian paha dan tempat lain yang memiliki lemak tebal akan mudah terkena selulit.  Untuk menghindarinya, disarankan supaya meminum 8-10 gelas air putih sehari.  Selain itu, memakan makanan yang mengandungi banyak air juga membantu mencukupkan keperluan air dalam tubuh.
Menurut jurnal Nutrition, wanita yang mengambil makanan dengan kandungan air yang tinggi memiliki pinggang yang lebih ramping dan BMI tubuh yang lebih rendah, dibandingkan dengan wanita yang mengambil cairan dengan cara meminumnya.  Oleh sebab itu  cuba ambil cairan lebih banyak dari makanan yang banyak mengandung air seperti epal, anggur, tembikai & timun.

2)     Pilih snek yang mengandungi vitamin C.
Vitamin C penting untuk mencegah kerosakan kolagen (struktur pendukung kulit). Paparan sinar matahari yang berlebihan juga merupakan penyumbang terhadap kerosakan kolagen. Sebuah kajian dari Arizona State University juga menunjukkan bahawa vitamin C dapat membantu menghancurkan 30% lemak.

Maka, ketika ingin mengunyah, sebaiknya anda memilih buah atau sayuran yang banyak mengandungi vitamin C di dalamnya. Dalam sehari makan paling kurang 75 mg vitamin C.  Sayuran yang banyak mengandungi vitamin C adalah sayuran yang berwarna-warni.

3)     Jangan gabungkan makanan sihat dengan karbohidrat.
Roti tawar dan nasi putih kebanyakan diolah menjadi gula darah (glukosa) dengan sangat cepat di dalam tubuh. Akibatnya insulin dalam tubuh menjadi meningkat dan membuat tenaga anda kembali pulih.
Namun, insulin ini menyebabkan tubuh cenderung untuk menyimpan lemak daripada membakarnya. Oleh itu hindari karbohidrat yang diolah yang membuat anda makan lebih banyak.  Gantikan dengan beras perang atau oat, kerana ia membuat anda mudah mengawal keinginan makan dan ia juga mengandungi lemak yang sedikit dalam tubuh.

No comments:

Post a Comment