SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Monday 31 October 2011

Intipati Bajet 2012


Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi –RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan –RM51.2 bilion

1. Peruntukan Rancakkan Pembangunan
- Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2. Kereta hibrid
- Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
3. RM1 bilion untuk sekolah
- Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.
- Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.
4. FELDA Global Ventures Holdings
- Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.
- Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.
- RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.
5. Yuran sekolah
- Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
- Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
6. Pencen
- 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.
7. Kakitangan awam
- Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
- Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
- Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
8. Polis
- RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
9. Keluarga tentera
- RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
10. Subsidi
- Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
- Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
- Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
- Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

11. Skim rumah pertama
- Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
12. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
- Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
13. Subsidi rumah
- Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
- Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
14. Teksi persendirian
- Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
- Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
- Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
- Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
15. Perlindungan kepada gelandangan
- Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
- Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
16. Simpanan persaraan – KWSP
-Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
17. Pinjaman TEKUN
- Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
18. Penjawat Awam
- Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
19. Meringankan Kos Sara Hidup
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.
- Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
- Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
-Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
20. Rancangan Tebatan Banjir
-Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
-Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
-Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
-Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Surga Cinta




















Love ayat-ayat ni......


Terdiam… hanya bisa diam
Dingin menyerang di sekujur tubuhku
Layangkan mata,    menembus cahaya
Putih kilaunya, meneduhkan lamunan
Masih jelas terlihat, pesona ayumu
Masih jelas terasa
Getar damai jiwamu
Inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
Atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua
Perlahan… bawa semua tanya
Satu bersama, langkah di taman ini
Terangkai bunga tanda cinta murni adanya
Tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku
Dimana aku sedang berada, mengapa sendiri
Lari telanjang tanpa seorangpun yang akan mau peduli
Terbanglah cinta, sampaikanlah sayangku hanya bagi dia
Tak ingin rasa sepi merata…pi, malang tanpa dirinya

Jalan-jalan Cari Makan

Minggu ni, tetibe tekak aku merasa nak makan-makan ala western tuh...hi3 apa lagi, temapat yang patut aku tuju adalah di STATION 21 di Bangsar. Salah satu kedai western food yang telah menjadi feveret aku sejak setahun lalu..kihkihkih....kedai ni memula diperkenalkan pada aku oleh seorang kawan aku yang merupakan ceti opis aku hahahahhaa...(if dia bace ni jangan terasa okeh,gurau-gurau je)..mana tak nya, dia bawa aku pergi makan kat Station 21 pas aku kalah betting dengan dia.


Aku rasa penduduk di KL ni kebanyakkan tahu dimana letaknya kedai Station 21 ni. ia bukan lah kedai yang fancy & besar, tapi ia terletak di kawasan food court berhadapan Bangsar Village mall. tapi ia dekendalikan oleh 3orang bekas chef yang pernah berkerja di hotel-hotel ternama di KL ni. pelbagai masakan western yang disediakan pada kadar harga yang memang murah. SEDAP & MURAH. yang menjadi keutamaannya adalah kelazatan sos blackpapernya...pehhhh memang menusik kalbu, bila sos tu melalui tekak korang, perasaan tu akan terasa kekal di tekak berjam-jam lamanya...hihihi tak percaya, try la... 




If ada sesapa nak join aku pergi makan di sana, jom la aku bawakan tapi bayar sendiri la ek hihihi 

Sunday 30 October 2011

What should u put in here??

eheemmmmm....ni soalan yang sukar di jawab nih....


tapi ni yang pening nih...



Mainan mata

cuba anda uji tahap kecekapan mata anda. Ujian ni nak tunjukkan samada ada strees @ tak.. Jika anda dapat lihat pergerakan bulat kecik-kecik tu, mksdnya anda sangat strees.. hihi cuba relaxkan diri anda ye...


10 Rahsia Mengekalkan Hubungan Jarak Jauh


1) Jujur
-Sikap ini perlu ada dalam pasangan masing-masing, kerana kejujuran itulah pendinding kepada hubungan korang.
2) Percaya Kepada Pasangan
-Kita juga seharusnya mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan, sikap suka mngesyaki, cemburu buta dan mendengar cakap orang lain boleh mengugat kepercayaan kamu terhadap pasangan. Jadi, tanamkan sifat percaya kepada pasanganmu dan betindak bijak bila ada ura-ura mengatakan tentang pasanganmu disana, siasatlah dahulu
3) Sentiasa Bertanya Khabar
- Dalam sehari, hantarlah mesej kepadnya sekurang-kurangnya “hai?”. Ini menunjukkan kita ingat akan pasangan kita disana dan pasangan kita disana akan tahu bahwa kita disini tidak sesekali melupakannya
4) Fahami Keadaanya
-Kebiasaanya bagi pasangan yang sudah bekerja, semestinya kurang mempunyai masa dan kadang-kadang sibuk sehingga terlupa membalas mesej kita, jangan cepat marah. Sebagai pasangannya sudah semestinya kita tahu apa yang dilakukannya. Lagipun bukan selalu dia tidak dapat meluangkan masa bersama kita melainkan dia selalu sahaja asyik sibuk dan jarang melayan kita, jangan syak apa-apa dahulu, siasatlah seperti bertanya pada rakan-rakannya atau berbincang dengan pasanganmu.
5) Bergurau Senda
-Siapa kata pasangan jauh tidak boleh bergurau senda sperti pasangan dekat?, boleh sahaja. Ambillah masa berbual dengan pasanganmu, ceritalah hal-hal yang melucukan bersamanya..Walaupun perkara itu memalukan kamu seperti kamu tidur sehingga terjatuh dari katil, asalkan kamu berdua bergelak tawa bersama-sama, tidak mengapalah. Hubungan tidak akan menjadi hambar
6) Bertukar Hadiah
-Apa kata anda dan pasangan sesekali bertukar hadiah, contohnya anda pulang dari kerja dan ternampak sebuah bingkai gambar yang cantik, tak salah anda membelinya dan menghadiahkannya kepada pasanganmu, sidia tentu terkejut menerima hadiah darimu dan bagi pasangan pula, sebolehnya balaslah la hadiah itu walaupun sebatang pen, ini menunujukkan anda juga juga seorang yang pandai menghargai.
7) Tahu Waktu “Khasnya”
-Tips yang ketujuh ni khas buat kaum lelaki, seeloknya anda kaum lelaki tahu bila waktu “khas” nya, anda faham-faham sendirilah yerr.. Anda perlu tahu kerana bila pasangan wanitamu telah tiba “waktunya”, emosinya tidak stabil dan suka marah-marah atau naik angin walaupun hal kecil. Jadi bila anda tahu waktu khasnya, maka bila dia marah-marah tak tentu pasal tidaklah anda syak bukan-bukan kerana anda tahu masa-masa macamtu emosi sidia tidak stabil. Si wanita pula jangan segan beritahu pasanganmu untuk menglakkan salah faham.
8 ) Gunakan Kelebihan IT
- Sekarang zaman moden, macam-macam jaringan komunikasi dan sosial ada seperti internet, facebook, myspace, skyfrens, dan sebagainya. Tak salah anda berdua berbalas email atau chatting si intenet. Sesekali upload gambar kelakar atau romantik dan tag kan namanya atau anda tujukan video untuknya juga boleh. Sudah tentu sidia akan tersenyum lebar. Bagi yang tiada internet, hantarkan MMS bergambar padanya atau video mesej. Sekurangya terubat rindu dihati
9) Bina Ikatan
-Bagi pasangan yang belum berkahwin dan sudah berpasangan bertahun lamanya, binalah ikatan pertunangan sekurang-kurangya. Dengan adanya ikatan tersebut sekurang-kurangnya anda dan pasangan anda telah mempunyai “tanda” dan sedikit sebanyak mempunyai tanggug jawab walaupun sedikit
10) Jangan Terlalu Baik Dengan Temannya
- Walaupun niat anda baik berkawan dengan temannya dan untuk mengetahui tentang pasanganmu, namun ada hadnya.. Jangan selalu berhubungan dengan temannya untuk mengetahui keadaan pasanganmu, ini akan mengundang perasaan cemburu dihati pasanganmu. Dan mungkin lebih teruk lagi dikhuatiri temannya jatuh cinta padamu lalu untuk mendapatkanmu, maka dia akan buat sesuatu yang bodoh.

PES 2012

\

PES 2012 suatu gaming yang menakjubkan. 1st time aku men, memang syok abis la gaming ni.. dah banyak upgrade dalam sistem Master League. Cara kontrol pemainan pun dah semakin sukar disebabkan cara permainan PES 2012 ni seakan-akan permainan yang sebenarnya. pastikan computer anda mempunyai Grafik card yang baik agak Resolution gambarnya menjadi lebih lawa. Selamat mencuba okeih :-)

Rating Game ni aku bagi : 9.5 / 10

Alami kehidupan yang sihat


Herbalife adalah produk nutrisi sekiranya kita memberikan badan cukup nutrisi setiap hari, badan mampu untuk pulih dan sihat dengan sendirinya dan proses penurunan berat badan berlaku secara semulajadi

Kurangkan berat badan dengan Herbalife Shake dan Tea Mix.
Tujuan utama produk Herbalife:

Mengurangkan pengambilan kalori melalui pengantian makanan, supaya kalori yang
dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar tetapi dalam masa yang sama
membekalkan tubuh dengan segala zat makanan yang badan perlukan
supaya tubuh berfungsi dengan baik.
Jika situasi ini berlaku setiap hari, tidak kira umur, jantina atau berat sekarang, anda akan
berjaya mengurangkan berat badan dengan efekfif dan selamat!

Anda perlulah minum air dengan mencukupi bagi memastikan proses penurunan berat badan anda berjalan dengan efektif
Air adalah agen pengankut dan pembersih. Jika air tidak cukup, kalori yang di bakar dan bahan toksin yang harus dikeluarkan dari tubuh tidak dapat di singkirkan
Kepeluan air untuk seseorang adalah berbeza-beza. Setiap 25 kg berat badan anda perlu minum 1 liter air. Jadi jika berat badan anda 75 kg, anda perlu minum 3 liter air.
Walaubagaimanapun, anda disarankan minum lebih dari yang sepatutnya agar penurunan berat badan lebih cepat. Minum iar sepanjang hari cara sedikit-sedikit. Cara ini lebih mudah dan efektif.
Anda akan menerima cara minum air yang efektif dan cara pengurusan berat badan peribadi pengasas yang telah terbukti berkesan apabila anda memesan produk pelangsingan berat badan.


Mengapa ramai yang gagal untuk menguruskan berat badan?

Badan kita memerlukan kesemua keperluan nutrien untuk mendapatkan kesihatan yang baik. untuk itu, kita memerlukan makanan karbohidrat, protin, lemak, serat, vitamin-vitamin utama dan herba dalam kuantiti yang seimbang.

Inilah yang kadang kala kita gagal untuk mendapatkannya dan jika berjaya, kalori pengambilan makanan kita akan meningkat lebih daripada 4000kcal sehari! Jadi jika tak cukup nutrien, kata akan letih lesu, cepat lapar dan makan berulangkali. kalau dapatkan cukup nutrien daripada makanan biasa, kita akan makan dengan banyak dan hasil dari kedua-dua solusi ini, badan akan bertambah gemuk!!

Ramai yang cuba berdiet tapi gagal. Ada yang mengawal kuantiti pengambilan makanan, ambil pil pengurusan berat secara kimia, makan makan rendah kalori sahaja seperti sayur dan buah semata-mata, bersukan dan sebagainya tetapi masih gagal

Cara yang paling baik adalah dengan makan makanan berkualiti dengan jumlah yang sepatutunya ditambah dengan senaman yang konsisten. Tetapi malangnya tidak semua yang berdiet mampu lakukannya.

Sekiranya anda :

mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit : anda akan cepat lapar, letih lesu, badan menjadi kecut kerana kekurangan air dan mengalami pengecutan otot bukannnya kehilangan lemak

ambil pil pengurusan berat badan : zat yang diperlukan oleh badan akan disingkirkan oleh bahan kimia yang terdapat dalam pil, akibatnya badan akan kekurangan zat. Jisim otot akan mengecut akibat kekurangan zat, tetapi lemak degil akan tetap. Apibila pengguna berhenti makan pil, berat badan akan naik semula.

Makan makanan rendah kalori sahaja tetapi kurang nutrien: akan menyebabkan badan kurang tenaga untuk membakar lebihan kalori dalam badan. Bila balik kepada tabiat makan lama badan akan naik berganda-ganda (yo-yo).


Macamana nak dapatkan produk dengan lebih murah?

Mesti daftar sebagai ahli untuk dapatkan diskaun. Mengikut peraturan, harga diskaun hanya dapat diberikan kepada sesiapa yang dah mendaftar sebagai ahli sahaja. Berapa banyak diskaun dan harga selepas diskaun? Ni hanya boleh diberitahu melalui email sahaja. So, sesiapa yang nak tau boleh email/SMS saya.

Saturday 29 October 2011

Download Movie

Kepada sesapa yang berminat untuk download movie secara free leh la try laman web ni http://www.ohsyok.com/movies

banyak jugak cite-cite yang baru best-best..hihi
selamat mencuba yek

Friday 28 October 2011

Fantasy Premier League



Minggu ni agak susah nak predict team mana yang akan menang pada match dowg..aduhai.....macam mana nak choose player yang akan perform & mendapat point yang tingi?? Pening....

Champion
Booo Loser

will win tonight

Dengarkan lah...

ni feveret song...
nak pergi karoake dengan opismates tapi ramai dah kawin la..dulu selalu je pergi karok dengan opismate...
cdy...ada sesape nak karok??


Movie in The Week





26hb Okt 2011 lalu aku pergi menonton wayang di GSC Midvalley cite IN TIME yang dilakonkan oleh Justin Timberlake & Armanda Seyfried.  
Maybe agak ramai yang tak kenali sape Armanda Seyfried ni, tapi pada aku bile 1st time tgk dia berlakon agak menarik watak yang dibawakannya..& tak sangka plak si mamat Justin ni pandai berlakon & berbakat besar..hihi






Untuk movie ni aku bagi rating 8.5 dari 10 sebab jalan & plot cite nya agak menarik & penuh dramatik dari segi fiksyen. Cite ni memaparkan kisah kehidupan manusia pada zaman 2020 dimana MASA menjadi sangat penting pada manusia. Pada zaman ni, MASA di jadikan sebagai Matawang iaitu duit dimana duit yang kita guna sekarang ni dah tak pakai. Setiap manusia diberi peruntukkan masa dalam hayat mereka untuk awalan dimana MASA mereka dipaparkan pada lengan masing-masing. MASA mereka ni digunakan untuk membeli apa sahaja keperluan harian mereka & ia boleh di reload dengan berkerja @ buat loan. MASA tu pun boleh di transfer kan dari seorang kepada seorang melalui menjabat tangan. Didalam cite ni, Justin berlakon sebagai watak seorang pemuda yang kematian ayahnya dan tinggal bersama ibunya, namun ibu nya mati kerana kekurangan masa disebabkan ekonomi yang meningkat. Kemudian dia menemui seorang pemuda berusia 135tahun yang masih mempunyai MASA sebanyak Sedekad. Tanpa diduga, setelah menyelamatkan pemuda tersebut, Justin diberi hadiah MASA sebanyak Sedekad tu & pemuda tu menemui ajal setelah ketiadaan masa yang dihadiahkan kepada JUstin. Namun hadiah ni membawa masalah bagi Justin dimana dia di tuduh membunuh & dikejar sebagai suspek oleh Penjaga Masa. Didalam masa itu, Justin telah melancong ke Time Zone lain yang mempunyai bandaraya yang lebih baik. di sana, dia telah berjumpa dengan seorang gadis yang berasal dari keluarga yang sangat kaya (jumlah kekayaan masa yang dimiliki adalah 1juta dekad). 




Perjumapaan romantik antara si teruna & si dara ini telah mengubah kehidupan mereka & seluruh manusia di zaman tersebut. mereka menjadi pencuri masa yang paling di ingini oleh pihak Penjaga Masa. banyak aksi-aksi yang menarik boleh anda lihat dalam cerita ni. Untuk tahu lebih lanjut, korang tonton la cite ni di pawagamyang terdekat. Dijamin anda semua akan terhibur. 

So sampai sini jela Movie Review dari aku buat masa ni. aku janji akan paparkan Movie Review akan datang untuk rujukan korang semua..semoga bertemu lagi hihihi.. Tonton jangan tak tonton!!

Thursday 27 October 2011

keistimewaan aku


He3 aku suka dengan ayat ni sebab aku reti masak huhuhu untung aku...nasib baik aku belajar masak dulu dengan ibu aku tersayang masa sekolah menengah dulu.. Korang ada??? huhu

Apa bezanya JANDA dengan DARA


Apa pilihan hati anada??? Janda @ Dara??

Bagaimana untuk menentukan seorang wanita itu gadis atau janda mengikut hukum Syarak? Dalam kitab al-Mughni (Imam Ibnu Qudamah), dijelaskan seperti berikut;[1]
1. Menurut mazhab Imam Ahmad dan Syafi’ie; Janda ialah wanita yang telah disetubuhi di farajnya sama ada dengan persetubuhan yang halal atau yang haram. Namun Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat; wanita yang disetubuhi secara tidak halal, hukumnya masih hukum wanita gadis.
3. Jika selaput dara hilang kerana sebab lain dari jimak seperti kerana terjatuh, darah haid terlalu banyak atau kerana tusukan jari, kayu dan sebagainya maka hukumnya masih hukum dara/gadis.
4. Jika seorang wanita disetubuhi di duburnya, statusnya tidak berubah menjadi janda dan tidak tertakluk dengan hukum wanita janda kerana persetubuhan tidak berlaku pada farajnya.

Dalam kitab Kifayatul-Akhyar (kitab Fiqh mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Janda ialah wanita yang telah hilang selaput daranya melalui persetubuhan sama ada persetubuhan yang halal atau yang syubhah atau zina. Adapun jika hilang kerana terjatuh atau menusuknya dengan jari atau kerana kuatnya darah haid atau kerana lama membujang (tidak berkahwin), maka mengikut pandangan yang soheh; hukumnya masih seperti dara/gadis. Jika hilang selaput daranya kerana persetubuhan yang dipaksa atau disetubuhi ketika tidur atau wanita gila (yang disetubuhi), maka hukumnya seperti janda mengikut pandangan yang terkuat. Ada juga pandangan berkata; hukumnya masih seperti gadis. Jika seorang wanita dijadikan tanpa selaput dara, ia masih dianggap dara/gadis”
Merujuk kepada soalan saudara dapat kita simpulkan bahawa; mengikut pandangan mazhab Imam Ahmad dan Syafie; wanita yang pernah berzina, ia tidak lagi dianggap gadis. Maka kedudukannya sama seperti janda dalam masalah di atas iaitu wajib diminta keizinannya secara pengakuan mulut sebelum mengahwinkannya. Adapun mengikut pandangan mazhab Hanafi dan Maliki; ia masih lagi gadis kerana persetubuhan yang berlaku kepadanya bukanlah persetubuhan yang halal (yakni bukan persetubuhan melalui akad perkahwinan yang sah).

Perkhidmatan KTMB TERUK!!!!!

salam sejahtera..

Minggu ni dah 3kali aku masuk opis lewat. Ini gara-gara perkhidmatan komuter teruk. Aku selalu pergi kerja menaiki komuter sebab pada aku naik komuter sebenarnya cepat memandangkan trafik teruk di KL pada waktu pagi. Aku naik tren dari stesen Salak Selatan menuju ke stesen MidValley dimana komuter ini bertolak dari Seremban. Tapi minggu ni aku sangat bengang sebab dah 3kali lewat masuk opis. Mana tak nya, 2kali schedule komuter di delay dalam 1masa. Lepas tuh, bila ada komuter sampai kat stesen aku tak leh naik sebab dah full dengan manusia yang seangkatan dengan aku yang menaiki komuter dari stesen sebelumnya. sangat menyusahkan!! aku pun tak paham nape ada komuter delay. dah la delay pastu pihak KTMB tak sediakan komuter tambahan dimana jangka masa laluan komuter dipendekkan dari 30min ke 15min. bila komuter dah delay, mestilah akan berlakunya pertambahan penumpang yang menunggu di stesen. Stesen aku ni dah la stsesen aku ni adalah stesen no 9 dari stesen Seremban. mampus aku dibuatnya. nak naik kete pun trafik jem je. nak tak nak kena la tunggu. pastu aku pun heran nape orang yang naik komuter tuh tak leh masuk ke ruangan dalam lagi, nak jugak berdiri depan-depan pintu. berkumpul kat depan pintu sampai orang baru nak naik dan masuk ke komuter tak dapat. boleh plak cakap dah penuh. kepala otak mereka tak betul, buta ke kt ruang dalam tuh ada lagi space. memang menyusahkan!! Kerajaan duk merayu rakyat naik perkhidmatan awam tapi mereka langsung tak amik kesah tentang kualiti sistem perkhidmatan awam Malaysia ni! jadikan lah contoh perkhidmatan awam negara Jepun.. renung-renungkan lah....

indah khabar dari rupa!!

Kerjaya aku sebagai seorang Jurutera Mekanikal di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia telah mencapai 2tahun 4bulan kini.. Macam-macam pengalaman dah aku tempuhi, macam-macam kerenah staff / client / perunding & kontraktor dah aku hadapi, macam-macam masalah dah aku harungi. Buat masa ni aku bertanggungjawab menjaga sebanyak 8 projek kebanyakkannya projek LHDNM. Orang kata JKR ni "Jangan Kerja Rajin" dan ada segelintir masyarakat diluar sana beranggapan pekerja kerajaan ni "lembap&suka relax". Ada juga makhluk macam ni kan, sebenarnya orang-orang macam ni la yang tak ambil tahu apa sebenarnya tugas & fungsi pegawai & staff kerajaan. Kami disini bertungkus lumus berkhidmat untuk rakyat dan negara. Segala khidmat yang diberikan adalah mengikut arahan, protokol dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak atasan kementerian. Dan kami di JKR juga bertugas untuk MENCUCI segala KEKOTORAN yang dibuat oleh pihak perunding dan kontraktor yang dianggap sebagai PROFESIONAL (kononnya). Masyarakat tidak nampak apa yang sebenarnya berlaku. Jika ada projek-projek kerajaan yang bermasalah, JKR yang ditunding jari dipersalahkan. Namun apa masyarakat tidak tahu, segala masalah ini berpunca daripada pihak swasta iaitu perunding & kontraktor dimana mereka langsung tidak mengikut arahan & prosedur yang telah ditetapkan oleh JKR.

Jadi sebelum anda menunding jari kepada warga JKR, sila lihat sekeliling anda dulu..hihihi Lagipun kat sini aku bukannya nak membebel pasal tu, just nak sharing je..huhuhu jangan touching okeih hahaha meh aku show opis kesayangan aku ni..
















Wednesday 26 October 2011

Mari berkenalan dengan ahli keluarga ku


Ini picture Raya tahun 2011


Ini adalah Khairuddin's Family
Keluarga ni terdiri daripada :
1) Ayah yang sangat bertanggungjawab dan pengasih iaitu En. Hj Khairuddin Bin Yg. Shariff
2) Ibu yang sangat penyayang dan ambil berat iaitu Pn. Hjh Junaidah Bte Mohemmad
3) Abang yang agak spoil ckit iaitu AKU SENDIRI
4) Kak Ngah yang sangat garang tapi penyayang iaitu Nurul Syazawani Khairuddin 
5) Abang De yang suka buat hal sendiri iaitu Mohd Asyraf Khairuddin
6) Adik yang suka berfesyen ala-ala K-Pop la kononnya iaitu Mohd Asriq Khairuddin

Starting New Life in Internet

27/10/2011 1130am adalah tarikh dan masa dimana aku memulakan kehidupan aku di alam maya ini..
Tentang diri aku&keluarga ku,kisah hidup ku, perjalanan hidup semasa ku, kisah hubungan cinta ku, kisah hubungan persahabatan ku dan macam-macam lagi akan ku coretkan di blog ini.


Harap-harap pengkongsian ini dapat menjalinkan hubungan di antara kita sesama manusia, memberi pandangan&pengalaman secara positif dan menjadikan kehidupan realiti kita lebih gembira. Jadi mari kita mulakan blog ini. Dengan lafaz "Bismillahirahmanirahim", aku launchkn blog ini.. ;-)