SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Thursday 27 October 2011


Kerjaya aku sebagai seorang Jurutera Mekanikal di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat JKR Malaysia telah mencapai 2tahun 4bulan kini.. Macam-macam pengalaman dah aku tempuhi, macam-macam kerenah staff / client / perunding & kontraktor dah aku hadapi, macam-macam masalah dah aku harungi. Buat masa ni aku bertanggungjawab menjaga sebanyak 8 projek kebanyakkannya projek LHDNM. Orang kata JKR ni "Jangan Kerja Rajin" dan ada segelintir masyarakat diluar sana beranggapan pekerja kerajaan ni "lembap&suka relax". Ada juga makhluk macam ni kan, sebenarnya orang-orang macam ni la yang tak ambil tahu apa sebenarnya tugas & fungsi pegawai & staff kerajaan. Kami disini bertungkus lumus berkhidmat untuk rakyat dan negara. Segala khidmat yang diberikan adalah mengikut arahan, protokol dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak atasan kementerian. Dan kami di JKR juga bertugas untuk MENCUCI segala KEKOTORAN yang dibuat oleh pihak perunding dan kontraktor yang dianggap sebagai PROFESIONAL (kononnya). Masyarakat tidak nampak apa yang sebenarnya berlaku. Jika ada projek-projek kerajaan yang bermasalah, JKR yang ditunding jari dipersalahkan. Namun apa masyarakat tidak tahu, segala masalah ini berpunca daripada pihak swasta iaitu perunding & kontraktor dimana mereka langsung tidak mengikut arahan & prosedur yang telah ditetapkan oleh JKR.

Jadi sebelum anda menunding jari kepada warga JKR, sila lihat sekeliling anda dulu..hihihi Lagipun kat sini aku bukannya nak membebel pasal tu, just nak sharing je..huhuhu jangan touching okeih hahaha meh aku show opis kesayangan aku ni..
















No comments:

Post a Comment