SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Thursday 27 October 2011

Perkhidmatan KTMB TERUK!!!!!

salam sejahtera..

Minggu ni dah 3kali aku masuk opis lewat. Ini gara-gara perkhidmatan komuter teruk. Aku selalu pergi kerja menaiki komuter sebab pada aku naik komuter sebenarnya cepat memandangkan trafik teruk di KL pada waktu pagi. Aku naik tren dari stesen Salak Selatan menuju ke stesen MidValley dimana komuter ini bertolak dari Seremban. Tapi minggu ni aku sangat bengang sebab dah 3kali lewat masuk opis. Mana tak nya, 2kali schedule komuter di delay dalam 1masa. Lepas tuh, bila ada komuter sampai kat stesen aku tak leh naik sebab dah full dengan manusia yang seangkatan dengan aku yang menaiki komuter dari stesen sebelumnya. sangat menyusahkan!! aku pun tak paham nape ada komuter delay. dah la delay pastu pihak KTMB tak sediakan komuter tambahan dimana jangka masa laluan komuter dipendekkan dari 30min ke 15min. bila komuter dah delay, mestilah akan berlakunya pertambahan penumpang yang menunggu di stesen. Stesen aku ni dah la stsesen aku ni adalah stesen no 9 dari stesen Seremban. mampus aku dibuatnya. nak naik kete pun trafik jem je. nak tak nak kena la tunggu. pastu aku pun heran nape orang yang naik komuter tuh tak leh masuk ke ruangan dalam lagi, nak jugak berdiri depan-depan pintu. berkumpul kat depan pintu sampai orang baru nak naik dan masuk ke komuter tak dapat. boleh plak cakap dah penuh. kepala otak mereka tak betul, buta ke kt ruang dalam tuh ada lagi space. memang menyusahkan!! Kerajaan duk merayu rakyat naik perkhidmatan awam tapi mereka langsung tak amik kesah tentang kualiti sistem perkhidmatan awam Malaysia ni! jadikan lah contoh perkhidmatan awam negara Jepun.. renung-renungkan lah....

indah khabar dari rupa!!

No comments:

Post a Comment