SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Wednesday 30 November 2011

Gaji penjawat awam naik???


Rasanya, masih ada di antara penjawat-penjawat awam di luar sana masih lagi mengharap akan kenaikan gaji bagi kakitangan awam tahun ini.Untuk itu, kami ada berita baik untuk penjawat-penjawat awam semua.

Mengikut maklumat yang diterima dari sumber-sumber yang sah, kenaikan gaji bagi kakitangan awam bakal berlaku dan kenaikan ini berkemungkinan paling tinggi pun, hanya naik sebanyak 10 peratus sahaja, dimana kenaikan 10 peratus mungkin hanya melibatkan kakitangan kumpulan sokongan 11,manakala untuk kumpulan sokongan 1 dan kumpulan profesional, kenaikan bakal berlaku rendah dari yang dinyatakan.

Pelbagai mesyuarat telahpun dibuat sebenarnya sejak dari tahun lepas lagi untuk membincangkan perkara ini, dan keputusannya hampir dimuktamadkan.Cuma mengikut maklumat yang diberitahu, kenaikan gaji kakitangan awam ini mungkin berlaku samada sebelum pilihanraya atau selepas pilihanraya.

Mengikut situasi semasa, pada pendapat kami, kenaikan ini bakal berlaku sebelum pilihanraya dilakukan.Mungkin kenaikan ini juga bakal dilihat sebagai “gula-gula” pilihanraya umum ke-13 nanti.

Kami amat menyambut baik kenaikan ini kerana berdasarkan sentimen serta situasi semasa dan keadaan, serta kenaikan harga barang dan kos hidup, kenaikan gaji bagi kakitangan awam ini amat perlu.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kami,namun perlu diingat, penetapan gaji minimum bagi kakitangan swasta juga bakal dilaksanakan.Oleh itu, dari apa yang kami lihat, ia membawa satu keadaan positif di mana ianya sekurang-kurangnya akan dapat meringkan sedikit beban kos hidup yang meningkat hari ini.

Walauapapun, kami mengharap agar kenaikan gaji bagi kakitangan awam dan swasta ini, bakal dilaksanakan secepat mungkin.Namun begitu, kami juga berharap agar kerajaan dapat memantau mengenai tindakan pengusaha dan peniaga yang mungkin akan mengambil kesempatan terhadap pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam ini nanti.

Apa pendapat anda pula tentang kesan yang bakal berlaku sekiranya gaji kakitangan awam naik?

Thursday 17 November 2011

Family Day URBA-2


Buat julung kalinya, warga Am2 CKM telah menganjurkan Hari Keluarga 2011 bertempat di  Air Terjun Chamang, Bentong Pahang. Aktiviti ni dah dirancang selama 2minggu. Pada mulanya, kami bercadang untuk ke Air Terjun Janda Baik, Pahang tapi last minit tukar plan ke Chamang pulak sebab ada isteri warga Am2 yang sarat mengandung hihihi…

Ni first time hari keluarga yang berjaya dilaksanakan secara beramai-ramai sebab tahun lepas bberapa orang je yang join buat hari keluarga di Sungai Kalumpang. Namun kali ni, 2 bekas teruna warga  Am2 telah menamatkan tempoh sah lakunya sebagai orang bujang, so jumalh peserta bertambah la…huhuuu

Pelbagai juadah pock-luck yang disediakan masing-masing..Aku kena bawa nasi goring sebagai menu berat, Zul@isteri bawa Krim Puff, Fara bawa Mushroom soup, Rinel bawa roti sandiwich sebagai sarapan, dila bawa roti prancis, taufik bawa khemah dan Nazmi pulak bawa buah-buahan..Menu utama kami adalah ayam&daging diperam enak hihihi…sedap tuh..semua makan sampai sakit perut ahahahaha…

Ni first time bagi semua orang untuk datang ke Machang so masing-masing tak tahu jalan dah…siap tersesat kejap plak dah….hahaha..pakai GPS pun leh sesat…cehhhhh apalah punya GPS Nazmi tak leh pakai langsung hahahaha…kami bertolak dari KL kononnya dalam perancangan pukul8am tapi tunggu la si Kapten Zul,dia yang paling lambat last-last pukul9am baru nak gerak dari Tol Gombak…apa punya Zul la..bagi arahan pukul8am kena berkumpul di Tol Gombak tapi dia yang lambat..maybe malam semalam “penat” praktis swimming atas katil…hahahahaha

Setiba kami di lokasi pada pukul 10.30am, alangkah terkejutnya kami dengan keindahan air terjun kat sana..sekali tengok dah tau mesti sejuk….dah sah memang sejuk huhuhuhu…memang cantik pemandangan kat sana…rasa nak terjun je dari atas sampai kebawah tapi larangan bonda sentiasa di ingatan hihihihi…Kami dah tak sabar lagi dah..terus siap-siap pasang khemah, setup BBQ set, nyalakan bara, masak mushroom sup dan mula masak ayam&daging..aku dengan zul duk testing air sungai huhuhu best woohhhhh…

1 perkara yang aku tak leh lupa..

Ø     Sebenarnya Faizal @ Botak TAK BOLEH & TAK RETI BERENANG….hahahaha memalukan..sebelum pergi berkelah, peh dia gempak gile duk kutuk aku tak reti swimming padahal aku memang boleh swimming…huhuhukami berusaha suh dia masuk air swimming tapi hampeh duk tepi air cetek je..please la..nama&muka dah cam ganas tapi dalam hati ad ataman cendawan sotong ahahahha

Kami menghabiskan masa yang agak lama disana..balik ke KL pukul3pm..tapi still aku rasa tak puas… tapi apa-apa pun, aku rasa seronok dengan aktiviti ni..tahun depan kita buat lagi ok..

So kat bawah ni, aku sajikan gambar-gambar menarik semasa perkelahan kami..enjoy urself...









































Info kesihatan..Sebab-sebab lelaki mandul


1. Mungkin disebabkan oleh penyakit kronik atau lama yang pernah dialami sewaktu didalam kandungan ibu, atau diwaktu kecil (alam kanak-kanak) saperti deman terlampau panas, kesan naik campak, jangkitan kuman dari orang tua yang mengalami penyakit kelamin, genetik atau keturunan, kemalangan sehingga buah zakar atau batu pelir (testes)pecah dan sebagainya.

2. Mungkin disebabkan infeksi penyakit kelamin sewaktu melakukan persetubohan haram dengan awek-awek pembawa kuman VD atau penyakit gonorrhoea, siflis, Vietnam Rose, HIV, Herpes Genitalis,dll.

3. Mungkin disebabkan penyakit varicoceles atau hernia atau burut atau angin pasang, dimana batu pelir menjadi besar, keras dan sakit atau urat-urat disekitar batu pelir membesar dan mengeras.

4. Mungkin disebabkan masalah sarang batu pelir (testes / scrotum) iaitu kilang yang membuat air mani tidak dapat berfungsi dengan sempurna atau malas berkerja dan tidak berupaya mengeluarkan air mani ( sperma) yang bermutu.

Sebaliknya mengeluarkan air mani yang kosong, tidak ada benih. Air mani ada, tetapi tidak ada benih, kosong, nil ! Inilah yang dinamakan azoopsermia.

5. Sebab-sebab lain yang dikenal pasti oleh doktor ialah kemungkinan masalah pada tuba sperma, testicular failure, lahir tidak ada batu sebelah, atau kedua-dua batu mengecil, gangguan hormon testerone yang tidak stabil, pancutan air mani yang tidak stabil, lemah tenaga hayat, dll

6. Sebab lain lagi kemungkinan mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan airmani pramasa, zakar mengecil, hilang nafsu seks, tekanan emosi yang serius, tekanan jiwa, dll

7. Mungkin kerana terlampau banyak makan ubat-ubatan saperi ubat kencing manis, ubat antipsychotics saperti chlorpromazine, haloperidol, antidepressant saperti Amitriptyline, Imipramine, dll


20sikap buruk lelaki (part3)


15. Pengotor

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. Gelojoh

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. Pentingkan Kawan-kawan Sendiri Saja

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
Sebenarnya banyak kes pergolakan @ konflik rumahtangga yang terjadi disebabkan oleh perkara ini. Jadi para lelaki semua, terutamanya suami, sila ambil perhatian tentang perkara ini ya.

18. Tidak Tahu Menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. Putar Belit

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. Terlalu Kontrol Macho

Perrghh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


20 sikap buruk lelaki (part2)


8. Main Kayu Tiga

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


9. Suka ‘Cuci Mata’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


10. Perasan Terlebih

Aduhaiii…lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…hahaha sedarlah!

11. Mementingkan Diri Sendiri

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai tau.

12. Kurang Memberikan Perhatian

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. Mata Duitan

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. Terlalu Komited Dengan Kerjaya

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…



20 sikap buruk lelaki (part1)


1. Meninggikan Suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. Mengongkong

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa macam mana tu?


3. Cemburu Buta

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

ini dah kes berat ni...laki cmni xlayak jadi suami..bg pukul smpi mati je laki cmni
4. Panas Baran

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


5. Kaki Merokok

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. Ego

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. Menipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

Sebab kenapa anda memilih pasangan anda..


Ini adalah satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

Soalannya berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
  Ø  Air mendidih kat dapur.
  Ø  Air paip melimpah kat bilik air.
  Ø  Bayi menangis.
  Ø  Telefon berbunyi.
  Ø  Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ‘settle’ kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1-5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.


OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda…
Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda


Ø  Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ‘si dia’ untuk membimbing anda.
Ø  Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
Ø  Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
Ø  Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
Ø  Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

 Ha,so macam mana?? Ada diantara anda yang terasa jawapan anda tu sama seperti yang anda rasai dihati anda?? Renung-renungkan dan selamat bercinta hihihihi