Kehidupan kita di dunia ini
penuh dengan informasi. Kita dihujani pelbagai maklumat baik yang berguna dan
juga yang negatif. Berita-berita negatif seperti peperangan, pembunuhan,
jenayah dan seumpamanya memberi energi negatif terhadap pemikiran kita.
Kita memerlukan cinta untuk mengimbangi energi
negatif yang berada di persekitaran kita. Jadi saya bawakan fakta cinta yang
boleh menceriakan hari anda dan boleh digunakan inspirasi kepada hubungan
anda.
1 Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang
melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia
akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat
(craving).
2 Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama
daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau
sekadar pelukan manja pun ok)
3 2 per 3 orang mengatakan
bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding
dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya
cinta pandang pertama kot)
4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’
di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan
komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)
5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta
akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan
hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang
dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila
6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari
Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila
seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap
bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif
pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh
tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)
7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya
bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh
dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak
ikut ke tak)
8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan
membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmenmereka terhadap
hubungan, semakin bertambah gembira mereka.
No comments:
Post a Comment