Pisang mengandungi 3 jenis gula
semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian.
Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.
Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup
tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah
utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat
sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat
sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Ø
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang
dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada
mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi
tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh
manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya
membuatkan kita berasa gembira.
Ø
PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja
pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam
darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Ø
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang
tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara
tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Ø
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi
kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk
menstabilkan tekanan darah.
Ø
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di
sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan
pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang
yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan
menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Ø
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang
sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan
besar.
Ø
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk
mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu .
Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula
kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu
pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Ø
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid
semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung,
cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Ø
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap
hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam
pagi.
Ø
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan
serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit
pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk
dengan cara ini.
Ø
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B
yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
Ø
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di
Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan
seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian
mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan
juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula
dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk
mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Ø
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan
ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia
juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan
dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Ø
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan
memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada
ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang
untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Ø
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang
terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang
dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang
membaikpulih mud kita.
Ø
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang
ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat
dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin
terhadap tubuh .
Ø
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral
vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada
otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar
metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat
diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Ø
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ˜The New
England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu
mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Ø
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi
(alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk
jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang,
tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan
menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat
semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang
mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5
kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya
dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati
No comments:
Post a Comment