Dia Tidak Senang Duduk
Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan
mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil
menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda
yang perlu diberi tindakan segera.
Tunjuk Minat
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan
hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda
timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara
atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan
rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin
dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada
bersama anda.
Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya.
Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya:
'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi
pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia
cemburu.
Dia Menjual Dirinya
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti
dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi
petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa
yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.
Bersikap Terbuka
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak
maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan
percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai
petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian
dalamnya juga turut diceritakan.WOW!
Membayangi Anda
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi
menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan
mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda
walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan
keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan
kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.
Anda Diajak Ke Tempat Lain.
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama
anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan
perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama
baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.
No comments:
Post a Comment