SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Saturday 5 November 2011

Petikan akhbar..


PAS: Kakitangan awam akan diselaras, bukan kurangkan
Perkhidmatan kakitangan awam akan diselaraskan dan bukan dikurangkan jumlah mereka sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-13, kata ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, penyelarasan tugas yang efisyen dengan sistem timbang-tara yang baik dapat meningkatkan sikap kebertanggungjawaban dalam jabatan-jabatan kerajaan.
“Itulah fokus utama Pakatan Rakyat untuk mengubah nasib kakitangan awam sekiranya diberi mandat berkuasa nanti dan bukannya soal mengecilkan jumlah kakitangan awam," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurut Tuan Ibrahim, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Pahang, masalah utama yang melanda kakitangan awam hari ini adalah ketidakselarasan tenaga kerja yang menyebabkan wujudnya pertindanan tugas antara jabatan-jabatan.



Di atas ni adalah petikan akhbar Malaysiakini bertarikh 5 Nov 2011..
aku menyokong sepenuhnya dimana kerajaan yang sekarang ni tidak bertindak mengecilkan jawatan di sektor awam. ini kerana ia akan menyusahkan segelintir pihak memandangkan moto penjawat awam, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN..tapi if bila penjawatan awam dikecilkan, macam mana pencapaian & mutu kerja penjawat awam nak di utamakan?? 

pening-pening.......


No comments:

Post a Comment