SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Saturday 5 November 2011

Poligami




Perkahwinan yang lebih dari seorang isteri dipanggil poligami, di negara kita poligami bukanlah suatu isu yang besar namun ianya adalah sesuatu yang kerap dibincangkan di akhbar samaada oleh kaum wanita maupun ustaz-ustaz yang mahir dan bijak tentang agama. Di negara kita setiap lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah sebelum dibenarkan berpoligami bagi kelayakkan serta menjamin keadilan terhadap isteri-isterinya bila berpoligami. Namun tak kurang juga kaum lelaki mengambil jalan mudah untuk berpoligami dengan bernikah di selatan Thailand kemudian merujuk ke Mahkamah Syariah untuk tujuan pendaftaran. Ada juga sebahagian lelaki yang berpoligami tidak mendaftarkan perkahwinannya di Mahkamah Syariah selepas berpoligami. Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada isteri dan anak-anaknya jika berlaku kematian si suami, bukan itu sahaja. Anak yang dilahirkan dari poligami itu tidak akan mempunyai nama ayah di dalam sijil kelahiran ( rujuk Jabatan Pendaftaran Negara ) sudah pasti akan menyusahkan anak-anaknya untuk kehidupan seharian.

Ada yang bahagia berpoligami

Poligami biasanya diamalkan oleh golongan yang mempunyai kerjaya yang mantap seperti ahli perniagaan maupun usahawan dan tidak kurang juga orang biasa. Apa yang diketahui melalui berita akhbar dan sebagainya, ada keluarga yang berpoligami cukup bahagia dan ada sebahagian tidak bahagia. Saya pernah mendengar, seorang lelaki tua berkata, lelaki tidak akan berpoligami jika kaum isteri mampu melakukan yang terbaik untuk suami. Kepada kaum wanita isteri amnya renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah kata-kata orang tua itu. Lakukan yang terbaik untuk suami dan suami jadilah pemimipin yang terbaik buat isteri dan anak-anak. Persoalannya kenapa ada yang bahagia dan ada yang tak bahagia? Di manakah silapnya pengamal poligami?


Kesimpulannya poligami mampu membantu mengurangkan andartu, ibu tunggal dan kehidupan seorang wanita lebih terjamin dengan adanya suami yang mampu memimpin, membimbing dan lebih terjamin keselamatannya. Kaum lelaki seharusnya lebih bertanggungjawab bila berpoligami dan membantu kaum wanita serta keluarga agar mencapai kesejahteraan hidup.


No comments:

Post a Comment