SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Wednesday 9 November 2011

Wanita melayu kini semakin rosak..


APA pun kisah di sebalik kejadian seorang janda dirogol oleh Mat Afrika yang menyewa bilik di rumahnya di Kuala Lumpur beberapa hari lalu, satu perkara yang jarang difikirkan sejak ketibaan orang asing dari zaman penjajah Portugis dan British ke Tanah Melayu ialah 'pengorbanan' besar atau dengan lain perkataan musibah yang menimpa ramai wanita Melayu.


Ini kerana umat Melayu dari dulu hingga sekarang masih cuba menjadi masyarakat Islam yang baik, yang mana antara rukun-rukun kemasyarakatan ialah melindungi kaum wanitanya daripada fitnah dan segala jenis bahaya.

Oleh sebab ketiadaan budaya perlindungan ini ditambah pula dengan faktor-faktor kemiskinan maka dari zaman Portugis dan British lagi, wanita dan gadis Melayu bebas bergaul dan berinteraksi dengan orang asing.

Selain daripada kaum Cina dan India yang tiba selepas orang Portugis dan British keluar, maka wanita Melayu bertembung pula dengan pelbagai 'Mat' dari seluruh dunia hasil dasar membuka negara ini kepada pelabur dan pelancong asing.

Di zaman Portugis ramai perempuan Melayu dikahwini oleh askar-askar Portugis dan hasilnya ialah sisa-sisa masyarakat Portugis di Melaka sekarang hasil daripada perkahwinan itu.

Oleh kerana pihak berkuasa Islam tidak punya taring untuk melindungi wanita Melayu maka mereka dengan senang meninggalkan Islam.

Di zaman British juga ramai wanita Melayu bekerja dengan 'tuan-tuan' British, tinggal di banglo-banglo besar di ladang-ladang getah dan ramai juga yang menjadi perempuan atau isteri tidak rasmi 'Mat Salleh.'

Kalau disingkap kisah-kisah sejarah penjajahan bangsa Eropah, ketibaan bangsa-bangsa asing yang menjanjikan hidup lumayan pasti akan menawan hati wanita setempat.

Paling ketara sekali ialah kebanyakan penduduk kulit hitam Amerika Syarikat sekarang adalah hasil hubungan antara tuan-tuan kulit putih dengan wanita-wanita Afrika yang diculik dan dibawa ke Amerika. Mereka yang cantik bekerja di dalam rumah dan menjadi tempat pemuas nafsu tuan-tuan kulit putih.

Jadi wanita Melayu juga terpaksa menjalani nasib yang serupa lebih-lebih lagi sejak 20 tahun lalu apabila Malaysia terpaksa mengimport pekerja-pekerja asing seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal dan negara-negara lain.

Selain daripada itu pelabur-pelabur asing juga membanjiri negara ini yang menjanjikan suasana pelaburan yang terbuka dan pekerja-pekerja (wanita Melayu) yang bergaji murah.

Maka berpuluh ribu wanita Melayu keluar dari kampung untuk bekerja di kilang-kilang pelabur asing dan berinteraksi dengan bos-bos yang kebanyakannya orang asing ataupun orang Cina dan India yang menjadi penyelia mereka.

Kalau dulu wanita Melayu berinteraksi dengan Cina dan India yang kadang-kadang terjadi juga kisah-kisah sedih, maka sekarang wanita Melayu terpaksa pula berinteraksi dengan pendatang baru seperti bangsa Indonesia, Afrika, Bangladesh, Pakistan, Vietnam dan Nepal.

Kalau di kilang ada wanita Melayu yang tertarik atau ditipu oleh Mat Indonesia, Mat Bangladesh dan Mat Pakistan, jadi tidak menghairankan ramai juga wanita Melayu yang ditipu melakukan jenayah oleh Mat Afrika, Mat Iran dan sebagainya.

Setakat ini sudah ramai wanita Melayu yang meringkuk di penjara-penjara negara asing setelah ditangkap membawa dadah, sama ada diperalatkan oleh teman-teman lelaki asing atau pun berbuat demikian dengan pengetahuannya sendiri.


Di samping itu ada juga wanita Melayu yang jatuh cinta dengan mat-mat asing ini yang berakhir dengan perceraian dan kemudian bertarung di mahkamah mendapatkan hak penjagaan anak yang melibatkan budaya dan kuasa mahkamah yang berlainan.

Sekarang kelihatan ramai Mat Afrika di Kuala Lumpur yang rata-ratanya datang dari negara-negara yang jauh lebih miskin dari Malaysia.

Seorang yang saya 'tangkap' sedang mengurat gadis Melayu di KLCC terang-terang menyatakan bahawa dia sedang mencari gadis Melayu untuk dikahwini kerana dia mahu menetap di negara ini.

Dalam menghadapi fenomena ini, ramai juga wanita Melayu yang mula berfikiran terbuka dan lebih suka mendapatkan mat asing termasuk wanita Melayu yang berjaya dalam bidang hiburan dan media kerana bagi mereka this is the way forward atau inilah cara hidup masa depan.

Tetapi rata-rata wanita Melayu yang tidak tahu dan tidak sempat membuat pertimbangan berhemah apabila berdepan dengan mat asing yang bermulut manis dan pandai mengambil hati ini.


Akhir kata, persoalan ini patut dijadikan persoalan politik yang perlu dikaji oleh Wanita dan Puteri UMNO dan UMNO seluruhnya kerana selain daripada dasar-dasar pelancongan yang terlalu terbuka, persoalan wanita Melayu berinteraksi dengan orang asing perlu juga diambil tahu kerana ia melibatkan maruah Melayu, maruah negara.

Lebih-lebih lagi kalau wanita Melayu dipermainkan dan diperdaya oleh lelaki asing.

No comments:

Post a Comment