Baitullah, selain
daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat
tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.
Keistimewaan Baitullah
ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.
Menurut riwayat Ibnu
Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana
kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.
Apakah dia Baitul
Makmur? Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk
malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.
Ini kerana Arasy
kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu
hingga ke hari kiamat.
Sebelum terciptanya
Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar,
bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah
Yang Maha Agung.
Kepatuhan mereka
adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan
Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.
Peristiwa ini disebut
dengan jelas dalam surah al-Baqarah (30) bermaksud, “Sesungguhnya Aku akan
mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas malaikat bertanya, apakah Engkau akan
mencipta di sana seorang yang akan melakukan fasad (kerosakan) dan akan
menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya
Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui!”.
Jawapan tegas daripada
Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang
mereka ajukan.
Lalu mereka memohon
ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan Allah. Mereka seterusnya
mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.
No comments:
Post a Comment