SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Thursday 3 November 2011

Info Kesihatan


kEMANDULAN

Lebih kurang 10 hingga 15 peratus daripada pasangan-pasangan kelamin akan menghadapi masalah ‘kemandulan’. 

Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan ‘kemandulan’ ialah kegagalan bagi sesuatu pasangan kelamin untuk mendapatkan kehamilan selepas mereka mendirikan rumahtangga selama dua tahun atau lebih. Jangka masa dua tahun diambil kira bagi definisi ‘kemandulan’ kerana kebanyakan pasangan kelamin berjaya mendapat kehamilan setelah setahun berkahwin. 

Kemandulan ialah satu konsep yang relatif, iaitu dalam erti kata lain definisi kemandulan tidak boleh dibuat secara tegas. Kesuburan bagi sesuatu kelamin adalah satu hasil campuran antara kesuburan isteri dan kesuburan suami. Dalam hal ini jika satu pihak ‘kurang subur, tetapi pihak yang lain ‘sangat subur’ kehamilan mudah dicapai. Jika kedua-dua mereka kurang subur kelamin tersebut mungkin `mandul’;. 
walaupun setelah kedua pihak (suami dan isteri) menjalani berbagai-bagai jenis siasatan dan didapati keputusan-keputusannya normal, mereka masih gagal mendapat kehamilan walaupun berbagai cara rawatan diberi. Hal demikian mungkin berlaku dan mungkin disebabkan oleh pasangan yang tidak serasi atau immunologically incompatible.

Kesan-kesan kemandulan terhadap kelamin

Beberapa kesan buruk boleh timbul terhadap kelamin yang menghadapi masalah ‘kemandulan’. Kesan-kesan buruk ini mungkin melibatkan aspek-aspek sosial, psikologi, keutuhan perkahwinan dan hubungan seks. Dari segi sosial, ‘kemandulan’ merupakan satu pukulan hebat terhadap maruah pasangan suami isteri kerana tujuan asas dalam perkongsian hidup mereka tidak dicapai. Masyarakat, khususnya kawan-kawan mereka, akan memandang rendah terhadap kelamin tersebut kerana suami tidak berupaya membuktikan sifat kelakiannya manakala isteri tidak boleh membuktikan daya pembiakannya. Oleh kerana sikap masyarakat yang begini, pasangan-pasangan kelamin tersebut akan berasa rendah diri dan dengan itu cuba mengasingkan diri dari pergaulan masyarakat.
  Tekanan yang paling hebat datangnya dari ibu mertua yang sentiasa mendesak si isteri tentang kelahiran cucunya. Memang menjadi satu anggapan masyarakat, dan dalam konteks ini khususnya ibu mertua si isteri, bahawa dalam ‘kemandulan’ maka isterilah yang disalahkan. Ini adalah satu anggapan yang serong dan salah kerana lelaki juga boleh menyebabkan kemandulan. Ibu mertua boleh menimbulkan kekacauan dan huru hara dalam rumahtangga oleh sebab ini. Dengan anggapan yang salah itu, ibu mertua sering mendesak anak lelakinya menceraikan isteri atau pun kahwin satu lagi tanpa mengira ketenteraman rumahtangga kelamin tersebut. Dalam pergaulan sosial, ibu mertua akan menimbulkan masalah kemandulan dengan menyalahkan pihak isteri.
  Hubungan suami isteri boleh menjadi tegang dan ada kemungkinan hubungan itu menjadi retak dengan ketiadaan anak yang biasanya merupakan satu pertalian bagi menguatkan hubungan antara suami isteri. Ketiadaan cahaya mata merupakan kekosongan serta kesunyian dalam kehidupan rumahtangga kerana anak-anak memeriahkan suasana rumahtangga. Perasaan sedih dan hampa sering timbul dikalangan suami atau isteri yang mandul terutamanya apabila mereka melihat kawan-kawan mereka menatang anak-anak. Perkara-perkara yang berkaitan dengan anak menjadi isu sensitif kepada mereka khususnya jika ia ditimbulkan oleh rekan-rakan yang telah mempunyai anak.
Kemandulan mungkin timbul oleh sebab kepincangan-kepincangan dalam hubungan seks; sebaliknya pula oleh sebab kemandulan, beberapa masalah dalam hubungan seks mungkin juga timbul. Masalah yang paling sering dialami oleh suami ialah lemah tenaga seks atau impotens. Impotens biasanya disebabkan oleh faktor-faktor jiwa, gangguan-gangguan perasaan atau oleh sebab suatu pengalaman buruk dalam hubungan seks. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh suami ialah premature ejaculation iaitu satu keadaan di mana suami mencapai ejaculation atau mengeluarkan air mani sebelum persetubuhan betul-betul dilakukan. Masalah ini sering juga disebabkan oleh faktor-faktor psikologi. Isteri juga mengalami masalah-masalah seks kerana terdapat sesetengah wanita itu frigid di mana syahwat mereka tidak meningkat naik dan kerana itu tidak boleh merasai kenikmatan seks. Hubungan seks adalah penting bagi menghasilkan persenyawaan dan seterusnya kehamilan dan gangguan-gangguan dalam bidan ini boleh menimbulkan kemandulan. Tetapi perkara ini terlalu sensitif dan seringkali suami isteri berasa malu untuk membincangkannya dengan doktor.
  Kekecohan yang mungkin mengakibatkan perceraian boleh berlaku akibat ‘kemandulan’. Perkara ini timbul jika kedua pihak tidak memahami tentang kemandulan. Mereka saling menuduh satu dengan lain dan biasanya isterilah yang disalahkan. Masalah ini menjadi lebih rumit lagi apabila kaum keluarga campurtangan. Pergaduhan mungkin timbul di antara kaum keluarga isteri dan suami. Sebelum peringkat begini timbul, ia mestilah dijauhi dengan mendapatkan nasihat dan juga rawatan dari doktor yang pakar dalam bidang kemandulan.
Masalah mandul adalah satu masalah bersama suami isteri. Hendaknya perkara ini janganlah sahaja dibebankan kepada isteri. Pihak suami juga perlu memahami hakikat bahawa kemandulan boleh juga berpunca dari kaum lelaki. Sebenarnya antara 30 hingga 40 peratus dari kes-kes kemandulan adalah disebabkan oleh kemandulan lelaki. Dalam hal ini kedua suami isteri perlulah datang berjumpa dengan doktor. Dalam kebanyakan kes mandul, pihak isterilah yang mengambil daya utama untuk menjalani siasatan dan rawatan manakala suami enggan datang, kononnya kerana ini akan menjatuhkan maruah atau egonya. Kadangkala terdapat suami yang enggan datang ke klinik untuk diperiksa walau diarahkan oleh doktor melalui isterinya. Sikap begini perlu diubah dan hakikat bahawa kemandulan lelaki juga wujud patut diterima oleh kaum lelaki. Cerita-cerita tentang pasangan mandul yang bercerai dan kemudian setiap pihak berkahwin dengan pasangan-pasangan lain kerap timbul. Dalam keadaan begini bekas isteri telah hamil dan beranak setelah kahwin dengan lelaki lain manakala si suami masih lagi mandul walaupun telah mempunyai pasangan baru.
  Doktor pakar ginekologi adalah yang paling sesuai untuk menyiasat dan merawat kes-kes mandul. Malangnya kemudahan rawatan pakar tidak boleh didapati di seluruh pelusuk negara ini. Kebanyakan pakar bertugas di bandar-bandar besar, khususnya di Kuala Lumpur. Oleh itu kelamin-kelamin mandul yang berada di luar bandar akan mendapati sukar untuk mendapat rawatan.
  Bilakah masa pasangan kelamin patut menemui doktor untuk disiasat? Sebaiknya bagi pasangan-pasangan muda yang gagal mendapatkan kehamilan setelah dua tahun berkahwin, dan bagi pasangan-pasangan yang kahwin lambat sedikit, misalnya selepas umur 30 tahun, patut menemui doktor jika kehamilan tidak berlaku selepas enam bulan atau setahun berkahwin.

No comments:

Post a Comment