1. Mungkin disebabkan oleh penyakit kronik atau lama yang
pernah dialami sewaktu didalam kandungan ibu, atau diwaktu kecil (alam
kanak-kanak) saperti deman terlampau panas, kesan naik campak, jangkitan kuman
dari orang tua yang mengalami penyakit kelamin, genetik atau keturunan,
kemalangan sehingga buah zakar atau batu pelir (testes)pecah dan sebagainya.
2. Mungkin disebabkan infeksi penyakit kelamin sewaktu
melakukan persetubohan haram dengan awek-awek pembawa kuman VD atau penyakit
gonorrhoea, siflis, Vietnam Rose, HIV, Herpes Genitalis,dll.
3. Mungkin disebabkan penyakit varicoceles atau hernia
atau burut atau angin pasang, dimana batu pelir menjadi besar, keras dan sakit
atau urat-urat disekitar batu pelir membesar dan mengeras.
4. Mungkin disebabkan masalah sarang batu pelir (testes /
scrotum) iaitu kilang yang membuat air mani tidak dapat berfungsi dengan
sempurna atau malas berkerja dan tidak berupaya mengeluarkan air mani ( sperma)
yang bermutu.
Sebaliknya mengeluarkan air mani yang kosong, tidak ada
benih. Air mani ada, tetapi tidak ada benih, kosong, nil ! Inilah yang
dinamakan azoopsermia.
5. Sebab-sebab lain yang dikenal pasti oleh doktor ialah
kemungkinan masalah pada tuba sperma, testicular failure, lahir tidak ada batu
sebelah, atau kedua-dua batu mengecil, gangguan hormon testerone yang tidak
stabil, pancutan air mani yang tidak stabil, lemah tenaga hayat, dll
6. Sebab lain lagi kemungkinan mati pucuk, impoten, lemah
tenaga batin, pancutan airmani pramasa, zakar mengecil, hilang nafsu seks,
tekanan emosi yang serius, tekanan jiwa, dll
7. Mungkin kerana terlampau banyak makan ubat-ubatan
saperi ubat kencing manis, ubat antipsychotics saperti chlorpromazine,
haloperidol, antidepressant saperti Amitriptyline, Imipramine, dll
No comments:
Post a Comment