SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Tuesday 1 November 2011

Melaka Maju KONON

Keratan akhbar 02/11/2011 Harian Metro

Turun monorel guna tangga


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: Sepasang suami isteri warga Britain yang menggunakan perkhidmatan Monorel Melaka
untuk melihat pemandangan di sepanjang sungai Melaka terpaksa turun di tengah perjalanan
dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, di sini, semalam.
Malah, James Craft, 57 dan Anne Craft, 49, terpaksa turun daripada monorel itu menggunakan
tangga apabila perkhidmatan itu terhenti tiba-tiba jam 1 tengah hari semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad ketika dihubungi berkata,
kejadian berlaku berikutan kerosakan pam pintu monorel berkenaan.

Katanya, disebabkan ciri keselamatan diguna pakai, monorel berkenaan terhenti secara automatik
sekiranya pam pintu didapati longgar ketika sedang bergerak.

“Ketika kejadian, monorel itu membawa pelancong pasangan suami isteri warga Britain, James Craft
dan Anne Craft dan ia terhenti apabila mengalami kerosakan pada pam di bahagian pintunya,” katanya.


APA PUN TAK BOLEH.....hahahahha KONON MAJU LA SANGAT, DIBANGGA-BANGGA KAN SANGAT TAPI HAMPEH...IF MAJU TAK YAH LA NAK PROPA-PROPA SANGAT..

MALU LA.....KL YANG ADA BERLAMBAK KOMUTER & TREN PUN TAKDE PROPA CAM KORANG...

No comments:

Post a Comment