Wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah
tergoda dan tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.
Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun
hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya
dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu
kerap jika tiada maksud lain.
Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar
mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk
memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.
Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya
dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si
lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.
Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas
pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki
paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali
gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.
Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya,
tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling
lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.
Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda,
ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki
yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di
samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam
dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.
Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan
anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki
ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.
Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia
tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar
tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang,
semakin dilanggarnya.
Jika lelaki
cemburu, ada empat kemungkinan:
- Dia sayang
dan takut kehilangan anda
- Dia mahu
menguasai anda
- Dia tidak
mahu ada pesaingan
- Dia mungkin
mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.
Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi
dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih
baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.
Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu
supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.
Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang
mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak
merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau
pengaruh persekitaran.
No comments:
Post a Comment