Pasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan
berbadan sasa berasa pelik mengapa wanita menggemari lelaki yang lebih berusia
bukan?
Ini berlaku kerana faktor utama majoriti wanita memilih
pasangan bukanlah berdasarkan sifat luaran. Jadi apakah sebab wanita menggemari
lelaki yang lebih berusia?
(1) Pasti anda semua mengetahui bahawa pemikiran lelaki
lebih lambat matang berbanding wanita. Fakta ini sememangnya tidak dapat
dinafikan. Lelaki yang lebih berusia menjadi tarikan terhadap wanita kerana
kestabilan emosi mereka mengenai sesuatu perkara. Ini kerana wanita amat-amat
memerlukan kestabilan untuk memberikan ketenangan didalam kehidupan mereka.
(2) Lelaki yang lebih berusia juga akan lebih bersifat
tanggungjawab dan dipercayai. Ini kerana mereka sudah tidak mempunyai cukup
masa untuk bermain-main mengenai soal pasangan hidup mereka. Komitmen yang
ditunjukkan inilah kebiasaannya akan mampu untuk memikat wanita yang mengenali
mereka.
(3) Pengalaman sudah pasti banyak mengajar seseorang
mengenai erti kehidupan. Pengalaman yang bermanfaat inilah akan digunakan
sebagai senjata rahsia untuk lelaki yang berusia memikat wanita yang lebih muda
daripada mereka. Hati wanita mungkin sukar untuk dipikat, tetapi sekiranya anda
tahu cara untuk memikatnya, proses ini pasti akan menjadi lebih mudah.
(4) Walaupun pemikiran lelaki yang lebih berusia matang, ia
tidak bermakna mereka juga akan turut ketinggalan dalam arus kemodenan hari
ini. Penampilan mereka yang kemas, segak dan bersih sudah pasti akan menarik
perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, mereka juga mampu
berpenampilan 20 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.
No comments:
Post a Comment