Amalan onani atau juga dikenali sebagai melancap
merupakan amalan turun-temurun yang kekal sehingga kini.
Amalan ini boleh dikatakan sebagai amalan semula jadi
kepada kita sebagai permulaan untuk mengenali tentang diri kita sendiri,
naluri, rangsangan syahwat dan sebagainya.
Amalan onani terjadi kerana nafsu syahwat yang berlaku
secara langsung dan tidak langsung memberi rangsangan kepada individu itu untuk
melakukan sesuatu semata-mata ingin merasai nikmat keseronokan, kelegaan,
ketenangan dan kepuasan syahwat.
Kebanyakan individu yang melakukan onani adalah mereka
yang suka keseorangan dan suka berkhayal. Mereka akan memikirkan
perkara-perkara yang boleh menimbulkan rangsangan kepada nafsu syahwat.
Apabila senario ini berjaya merangsang nafsu, mereka
akan mula menyentuh bahagian tubuh badan yang dapat merangsangkan syahwat, bagi
menikmati kemuncak syahwat.
Mereka akan rasa puas dan mendapat kelegaan dan jika
itu sudah mencukupi mereka akan tidur atau melakukan perkara biasa.
Jika nikmat kemuncak tersebut tidak mencukupi mereka
akan melakukan sehingga mendapat kepuasan batinnya.
Mereka yang melakukan onani adalah untuk keseronokan
kendiri sahaja. Malah, rata-rata tidak terfikir bahawa perbuatan mereka boleh
menjejaskan kesihatan jika amalan tersebut di luar kawalan.
Mereka yang suka melakukan onani tidak semestinya
mereka yang suka membaca atau menonton cerita-cerita yang boleh mengundang
kepada rangsangan syahwat.
Khayalan perangsang utama mencetuskan kehendak untuk
beronani.
Satu kajian rambang yang dijalankan di kalangan remaja
tentang amalan onani mendapati lelaki melebihi kaum perempuan di mana sebanyak
70 peratus lelaki berbanding 40 peratus perempuan.
Amalan ini biasanya ditinggalkan apabila mereka
mempunyai aktiviti sosial yang stabil.
Didapati amalan melakukan onani tidak mengenal bangsa
ataupun agama. Mereka yang melakukan onani adalah orang yang mempunyai fantasi
seks yang keterlaluan sehingga mereka tidak dapat mengawal diri dan tewas
dengan godaan fantasi tersebut.
Jika mereka dapat mengawal emosi dan perasaan, sudah
pasti mereka tidak akan melakukan onani walaupun mereka terdedah dengan perkara
yang merangsangkan syahwat.
Remaja prabaligh adalah golongan orang yang paling
banyak melakukan onani jika dibandingkan dengan golongan dewasa.
Orang dewasa mempunyai fikiran yang matang dan dapat
mengenal dirinya sendiri berbanding remaja yang masih dengan pemikiran yang
kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.
Kesan jangka masa panjang untuk seseorang yang
melakukan onani akan menyebabkan mereka menjadikan onani sebagai satu tabiat
yang biasa untuk dilakukan jika keinginan naluri mereka berada pada tahap yang
tidak dapat dikawal lagi.
Mereka akan ketagih melakukan tabiat tersebut jika
mereka inginkan keseronokan tetapi pada mereka yang merasakan onani satu tabiat
yang buruk, mereka mestilah cepat bertindak supaya keseronokan kendiri dapat
dikawal dengan baik.
Dari segi kesihatan pula, amalan onani boleh menekan
kesihatan bagi mereka yang melakukannya.
Ini tertakluk kepada amalan dan cara gaya onani yang
dilakukannya.
Ada sesetengah mereka mengalami kecederaan alat
kelamin sehingga luka berdarah, dengan batang zakar terasa sakit yang berpanjangan
dan boleh juga menyebabkan kerosakan pada urat saraf zakar.
Apa yang pasti kesan jangka masa panjang adalah
menyebabkan seseorang itu mati pucuk jika mereka gemar beronani secara
berterusan dengan cara yang ganas itu.
Melakukan onani berpanjangan akan menyebabkan
seseorang itu tidak akan mencapai keseronokan dan kepuasan apabila melakukan
hubungan seks dengan pasangan, setelah berkahwin.
Hakikatnya, banyak kesan sampingan yang dikaitkan
dengan amalan onani seperti lemah tenaga batin dan kerosakan kemaluan seperti
urat bersimpul, kemandulan dan masalah zuriat terencat.
Kesemua ini tidak ada kaitan dengan masalah yang biasa
berlaku akibat amalan beronani selain daripada perkara yang telah dijelaskan
awal tadi.
Bagaimanapun, ada waktunya onani boleh dilakukan,
iaitu jika perbuatan itu boleh menghalang lelaki terbabit daripada berzina.
Mereka yang menghadapi masalah ini dinasihatkan
supaya, meningkatkan daya kawalan diri atau jati diri.
Ini boleh dilakukan dengan mengelakkan diri daripada
berseorangan atau membaca buku yang mengghairahkan, menonton gambar yang
merangsangkan, melayari laman web lucah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment