SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Wednesday 30 November 2011

Gaji penjawat awam naik???


Rasanya, masih ada di antara penjawat-penjawat awam di luar sana masih lagi mengharap akan kenaikan gaji bagi kakitangan awam tahun ini.Untuk itu, kami ada berita baik untuk penjawat-penjawat awam semua.

Mengikut maklumat yang diterima dari sumber-sumber yang sah, kenaikan gaji bagi kakitangan awam bakal berlaku dan kenaikan ini berkemungkinan paling tinggi pun, hanya naik sebanyak 10 peratus sahaja, dimana kenaikan 10 peratus mungkin hanya melibatkan kakitangan kumpulan sokongan 11,manakala untuk kumpulan sokongan 1 dan kumpulan profesional, kenaikan bakal berlaku rendah dari yang dinyatakan.

Pelbagai mesyuarat telahpun dibuat sebenarnya sejak dari tahun lepas lagi untuk membincangkan perkara ini, dan keputusannya hampir dimuktamadkan.Cuma mengikut maklumat yang diberitahu, kenaikan gaji kakitangan awam ini mungkin berlaku samada sebelum pilihanraya atau selepas pilihanraya.

Mengikut situasi semasa, pada pendapat kami, kenaikan ini bakal berlaku sebelum pilihanraya dilakukan.Mungkin kenaikan ini juga bakal dilihat sebagai “gula-gula” pilihanraya umum ke-13 nanti.

Kami amat menyambut baik kenaikan ini kerana berdasarkan sentimen serta situasi semasa dan keadaan, serta kenaikan harga barang dan kos hidup, kenaikan gaji bagi kakitangan awam ini amat perlu.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kami,namun perlu diingat, penetapan gaji minimum bagi kakitangan swasta juga bakal dilaksanakan.Oleh itu, dari apa yang kami lihat, ia membawa satu keadaan positif di mana ianya sekurang-kurangnya akan dapat meringkan sedikit beban kos hidup yang meningkat hari ini.

Walauapapun, kami mengharap agar kenaikan gaji bagi kakitangan awam dan swasta ini, bakal dilaksanakan secepat mungkin.Namun begitu, kami juga berharap agar kerajaan dapat memantau mengenai tindakan pengusaha dan peniaga yang mungkin akan mengambil kesempatan terhadap pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam ini nanti.

Apa pendapat anda pula tentang kesan yang bakal berlaku sekiranya gaji kakitangan awam naik?

No comments:

Post a Comment