Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia
pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para
saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton
bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat
membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan
garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang
sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.
Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam
cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses
pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan
mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara
semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah
daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.
Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke
Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap
kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap
kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.
Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi
apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu
menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut
ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut
bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa
bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga
menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang
mengalirkan bahan pelarut.
Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam
pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama
daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami
kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan
input dan output secara seimbang.
Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut
lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan
kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah
yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh
para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala
kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut.
Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan
yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang
mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai
kaitan dengan perubahan kemasinan laut.
Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan
larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium.
Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah
mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan
oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses
sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku
pencampuran garam secara melintang dan menegak.
Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan
yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat
tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi
kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah
lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan
yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai
“sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap
kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi
kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi
kerana tidak ada aliran air biasa.
Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik
dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15
o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo.
Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada
bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.
Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur
dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang
dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis
daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.
Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh
permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo
hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata
tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang
menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di
seluruh bahagian dunia.
Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut.
Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas
oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat
kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti
ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian
untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat
lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan
mineral laut untuk hidup dengan subur.
No comments:
Post a Comment