SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Friday 28 October 2011

Movie in The Week





26hb Okt 2011 lalu aku pergi menonton wayang di GSC Midvalley cite IN TIME yang dilakonkan oleh Justin Timberlake & Armanda Seyfried.  
Maybe agak ramai yang tak kenali sape Armanda Seyfried ni, tapi pada aku bile 1st time tgk dia berlakon agak menarik watak yang dibawakannya..& tak sangka plak si mamat Justin ni pandai berlakon & berbakat besar..hihi






Untuk movie ni aku bagi rating 8.5 dari 10 sebab jalan & plot cite nya agak menarik & penuh dramatik dari segi fiksyen. Cite ni memaparkan kisah kehidupan manusia pada zaman 2020 dimana MASA menjadi sangat penting pada manusia. Pada zaman ni, MASA di jadikan sebagai Matawang iaitu duit dimana duit yang kita guna sekarang ni dah tak pakai. Setiap manusia diberi peruntukkan masa dalam hayat mereka untuk awalan dimana MASA mereka dipaparkan pada lengan masing-masing. MASA mereka ni digunakan untuk membeli apa sahaja keperluan harian mereka & ia boleh di reload dengan berkerja @ buat loan. MASA tu pun boleh di transfer kan dari seorang kepada seorang melalui menjabat tangan. Didalam cite ni, Justin berlakon sebagai watak seorang pemuda yang kematian ayahnya dan tinggal bersama ibunya, namun ibu nya mati kerana kekurangan masa disebabkan ekonomi yang meningkat. Kemudian dia menemui seorang pemuda berusia 135tahun yang masih mempunyai MASA sebanyak Sedekad. Tanpa diduga, setelah menyelamatkan pemuda tersebut, Justin diberi hadiah MASA sebanyak Sedekad tu & pemuda tu menemui ajal setelah ketiadaan masa yang dihadiahkan kepada JUstin. Namun hadiah ni membawa masalah bagi Justin dimana dia di tuduh membunuh & dikejar sebagai suspek oleh Penjaga Masa. Didalam masa itu, Justin telah melancong ke Time Zone lain yang mempunyai bandaraya yang lebih baik. di sana, dia telah berjumpa dengan seorang gadis yang berasal dari keluarga yang sangat kaya (jumlah kekayaan masa yang dimiliki adalah 1juta dekad). 




Perjumapaan romantik antara si teruna & si dara ini telah mengubah kehidupan mereka & seluruh manusia di zaman tersebut. mereka menjadi pencuri masa yang paling di ingini oleh pihak Penjaga Masa. banyak aksi-aksi yang menarik boleh anda lihat dalam cerita ni. Untuk tahu lebih lanjut, korang tonton la cite ni di pawagamyang terdekat. Dijamin anda semua akan terhibur. 

So sampai sini jela Movie Review dari aku buat masa ni. aku janji akan paparkan Movie Review akan datang untuk rujukan korang semua..semoga bertemu lagi hihihi.. Tonton jangan tak tonton!!

No comments:

Post a Comment