SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Wednesday 7 December 2011

PENEROKA BULAN DAN KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH


Penerokaan angkasa lepas memerlukan kekuatan atau keupayaan yang tinggi. Kekuatan daya fikir, ilmu, teknologi dan kewangan. Untuk menjayakan misi Apollo iaitu penjelajahan manusia ke bulan, NASA telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar A.S $ 23,000,000,000.00 dan menggunakan tenaga manusia seramai 400,000 orang seperti jurutera, pereka bentuk, ahli sains dan pakar komputer. Selain itu melibatkan sebanyak 20,000 buah syarikat terkemuka termasuk syarikat Goodyear dari Malaysia yang ditugaskan membina tayar kenderaan yang digunakan di bulan.


Sebelum misi mendaratkan manusia di bulan berjaya, beberapa siri kegagalan telah ditempuhi. Misi penerokaan ini bermula pada 17 Ogos 1958 oleh Amerika Syarikat dengan mencipta kapal Angkasa yang dinamakan Able 1 tetapi telah gagal dilancarkan kerana meletup semasa pelancaran. Nasib yang sama juga telah dialami oleh kapal angkasa yang kemudian Able 4, Able 5-A, Able-5B semuanya gagal. Tetapi pada tahun 1959 telah memeranjatkan NASA kerana dengan diam-diam Russia telah berjaya mendaratkan kapal angkasa yang bernama Luna 2. Setelah beberapa lama akhirnya pada 20 Julai 1969 NASA berjaya mendaratkan manuisa di bulan setelah mencurahkan segala tenaga dan kekuatan dan menempuh beberapa rintangan dan kegagalan.

Di antara kegagalannya turut mengorbankan beberapa nyawa antaranya pelancaran Apollo 3 telah mengorbankan 3 orang. Kejayaan NASA ini dikagumi oleh manusia walau bagaimana pun ada juga yang tidak mempercayainya. Perjalanan manusia ke bulan itu menempuhi jarak 384,000 km dari bumi mengambil masa empat hari dengan kelajuan 38,945 km/j. Satu yang kelajuan yang sungguh hebat dengan kenderaan yang manusia pernah cipta.


Perjalanan yang dianggap terhebat di abad lalu oleh manusia hanya dapat dilakukan setelah satu usaha yang bersungguh-sungguh dengan mengembelingkan pelbagai sumber kekuatan dan kepakaran untuk melepasi tarikan graviti bumi. Sumber kekuatan dan keupayaan diperolehi dari sumber sedia ada di bumi ini. Ahli-ahli sains hanya memanafaatkannya saja untuk mencapai apa yang dihajatkan. Manusia tidak berupaya untuk mencipta kekuatannya sendiri.

Sains sendiri mengakui bahawa manusia tidak boleh mencipta tenaga atau keupayaan. Ini dinyatakan di dalam prinsip keabadian tenaga yang menyatakan "Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, hanya boleh ditukar atau diubah bentuk". Persoalannya siapa yang mencipta segala sumber kekuatan itu di bumi yang membolehkan manusia mendarat di bulan. Sudah tentu Pencipta yang mencipta sumber kekuatan itu jauh lebih hebat dan memilikki kekuatan yang Maha hebat. Di sini menujukkan perbezaan yang sangat jauh di antara Pencipta dengan yang dicipta.

Pencipta mempunyai kekuasaan dan Maha Perkasa dibandingkan dengan manusia yang amat kerdil dan memilikki berbagai kelemahan dan kekurangan. Jika manusia dengan keupayaan dan kekuatan yang amat terbatas boleh meneroka ke angkasa lepas itupun hanya ke bulan, objek samawi yang paling dekat maka tidak menghairankan jika Allah pemilik dan pentadbir alam ini boleh menjalankan hambaNya Muhammad s.a.w melepasi langit dunia bahkan melewati lebih jauh merentasi setiap lapis langit. Dari langit lapis pertama hingga ke lapis ke tujuh dan pulang semula ke bumi dalam masa satu malam sahaja.

Satu pekara yang yang dapat dipelajari dari kejayaan mereka meneroka angkasa lepas ialah satu hakikat kebenaran yang tidak dapat ditolak oleh sesiapa iaitu hakikat wujudnya Pencipta yang Maha Berkuasa yang mencipta dan mengatur serta memerlihara perjalanan Alam ini. Seorang angkasawan Russia bernama Tetov, beliau antara angkasawan yang awal dapat terbang ke angkasa lepas mangelilingi orbit bumi pada Ogos 1961
.
Beliau melahirkan rasa kagum dan takjubnya melihat keindahan alam ini apabila dia menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri peredaran bumi, bulan dan planet-planet . Satu keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia menyaksikan sendiri bagaimana bumi berputar dan bergerak tanpa ada tiang yang menyokongnya. Begitu juga bagi mereka yang telah menjejakkan kakinya dipermukaan bulan, mereka mengakui mengalami perubahan persaan dan jiwa apabila melihat tanda-tanda keajiban alam cakerawala.

bulan terbelah. dibelah oleh Nabi Muhammad SAW
Sebenarnya apa yang dilihat itu ialah tanda-tanda ciptaan Pencipta yang Maha Agong. Hakikat ini tidak dapat disembunyikan bagi mereka yang dapat melihat dengan akal dan mata hati. Seorang angkasawan bernama Ed Mithell (Apollo 8), beliau salah seorang di antara yang telah berjaya menjejakkan kaki di bulan. Beliau menyatakan ia telah merasa perubahan dalam jiwanya dan menimbulkan keinsafan dalam dirinya sebaik saja menjejakkan kakinya di bulan dan melihat betapa takjub beliau melihat keindahan di sana. Lantas apabila ia pulang semula ke bumi beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai angkasawan dan mengkaji yang berkaitan dengan kerohanian.

Seorang lagi angkasawan , Jim Irwin (angkasawan Apollo 15) menyatakan sebaik saja ia menjejakkan kakinya di bulan dan memerhati keadaan di sekelilingnya merasakan benar wujudnya Tuhan. Beliau juga meninggalkan kerjaya yang berprestij itu dan mengabadikan dirinya di bidang keagamaan dan menghabiskan sisa hidup dengan cara sedemikian sehinggalah beliau mati pada 1991.

Sekiranya manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan itu seorang saintis dan mempunyai keimanan yang tinggi tentu dia dapat merasai dan menyaksikan yang tersirat di sebalik apa yang dilihat oleh Armstrong, kerana orang yang beriman dapat melihat bukan saja dengan mata dan akal tetapi juga merenung dengan mata hati. Maha benarlah Allah yang menjadikan di segenap penjuru alam ini mempunyai tanda-tanda kebesaranNya, seperti firmanNya yang bermaksud

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga nyatalah bagi mereka bahawa alQuraan itu adalah benar.Dan apakah TuhanMu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" Fusilat:53

No comments:

Post a Comment