Merujuk laman web
Karyanet.com.my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman
damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa
kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa,
kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.
Namun, keadaan yang
mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan
kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.
Seorang yang miskin
akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin
beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar,
melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada
seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.
Seorang pencipta lagu
akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian
orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal
nod-nod muzik.
Seseorang yang belum
berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu
terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma
Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia
apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika
dahulu.[1]
Untuk kebanyakan orang,
cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak
langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan
berlaku setelah bahagia itu tercapai?
Si miskin tadi telah
membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah
melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?
Adakah kebahagiaan yang
kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau
ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah
kebahagiaan yang lebih hakiki.
What do you think it
is?
Firman Allah di dalam
surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh
kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
Itulah kebahagiaan yang
sebenar.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment