SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Wednesday 7 December 2011

MAS vs Singapore Airlines


Semakan di halaman Utusan Malaysia melaporkan yang mana Malaysia Airlines (MAS) akan mula mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan pada tahun 2013 :

KUALA LUMPUR – Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) dijangka mencatatkan keuntungan pada tahun 2013 dengan unjuran kerugian RM165 juta pada 2012. Unjuran itu berdasarkan beberapa tindakan untuk menjana potensi keuntungan sebanyak RM1.178 bilion hingga RM1.508 bilion. Utusan Malaysia

Adakah keyakinan ini disuarakan dengan tibanya pesawat gergasi Airbus A380 milik Malaysia Airlines tidak lama sahaja lagi?  Setakat ini Airbus A380 milik Malaysia Airlines dah berjaya menyelesaikan penerbangan sulung pada 28 Oktober 2011 yang lalu selama tempoh 5 jam selepas selesai pemasangan & ujian sistem di Toulouse, Perancis.
Sekarang ini, pesawat Airbus Malaysia Airlines  akan diterbangkan pula ke Hamburg, Jerman untuk pemasangan kabin pula. Pesawat Airbus A380 dijangka tiba ke Malaysia sekitar suku kedua tahun 2012. Malaysia Airlines adalah syarikat kelapan yang bakal mengendalikan pesawat Airbus A380 ini.


Adkah Air Asia juga akan sambar juga pesawat Air Bus 380 ini? Mungkin? Kami jangka MAS akaan gunakan pesawat AirBus A380 untuk laluan ke London.


Tak semua lapangan terbang mampu menerima pesawat besar seperti AirBus A380 ini. Disebabkan MAS nak beli A380, barulah MAHB buat landasan khas untuk A380. Landasan dah lama sipa tetapi pesawat AirBus A380 masih lagi tak tiba-tiba.

MAS Vs Singapore Airlines : MAS Bakal Menandingi SIA?

Singapore Airlines sekarang ini berada dalam “kelas tersendiri” dalam industri penerbangan di mana dinobatkan sebagai syarikat kedua terbaik dunia. Pada asalnya Singapore Airlines mempunyai “hubungan” dengan Malaysia Airlines :

·         Kalau disemak semula sejarah pernerbangan Malaysia, disebabkan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 telah menukarkan nama Malayan Airways pada asalnya kepada Malaysian Airlines Limited (MAL).
·         Dan sebagai penerbangan kebangsaan pada masa itu, MAL bertanggungjawab menghubungkan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dengan Malaysia barat iaitu Semenanjung Malaysia dan Singapura.
·         Kemudian MAL membuat kerjasama yang erat dengan Borneo Airways sehingga akhirnya kedua-kedua syarikat penerbangan itu bergabung pada tahun 1963 dan membeli 5 F27
·         Sekitar tahun 1966, kerajaan Malaysia dan Singapura menjadi pemegang saham utama di dalam MAL, menyebabkan penukaran MAL kepada Malaysia-Singapore Airlines atau MSA.
·         Tahun 1971 merupakan tahun yang cukup penting bagi MSA dimana pada tahun ini kerjasama diantara Malaysia dan Singapura berakhir.
·         Perpecahan ini berikutan perbezaan pendapat di antara dua kerajaan. Singapura mahu menumpukan destinasi antarabangsa manakala Malaysia mahu menumpukan kepada perhubungan domestik. Ini menyaksikan lahirnya dua penerbangan, Sistem Penerbangan Malaysia bagi pihak Malaysia pada April tahun yang sama dan Singapore Airlines di pihak Singapura.

Ini gambar pesawat AirBus 380 milik Singapore Airlines sekitar tahun 2005 lagi. Mereka berjaya menggunakan pesawat AirBus 380 ini pun sekitar tahun 2007 kalau tidak silap kami selepas beberapa kali tertunda.


No comments:

Post a Comment