Adakah anda sedar anda
bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya?
Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada
Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.
Rasulullah telah
meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna
untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat,
menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama, nabi menyuruh
diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah
berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah
dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”[1]
Kemudian, nabi
menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita
menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji
pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji
pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika
berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata,
“Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana
sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya
hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras
hati. [2]
Berhubung dengan
zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang
paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat
dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan
‘subhanallah hil azim’.” [3] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci
Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di
dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi”
100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak
buih di lautan. [4]
Ketiga, sahabat
Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang
ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan
istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah
s.w.t.seratus kali setiap hari.” [5] Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan
istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan,
“Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi
yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu,
bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit
lisan?
Wallahu’alam. Selamat
mencuba,
No comments:
Post a Comment