ANDA TAHU ANDA GADIS GEDIK BILA….
1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang
ke arah anda, automatik anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada
anda. Perasan adalah antara simptom-simptom awal penyakit gedik.
2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut
pemerhatian aku, biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun
yang tak cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai
makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai.
Takde maknanya kalau cun tapi perangai entah apa-apa.
3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited
apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa
mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka
sebenarnya perati anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.
4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik.
Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba-tiba jadi
merengek-rengek bila dengan lelaki. Suka mintak itu mintak ini. Kadangkala
tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nk demand perhatian. (Kalau bini
merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum ;-D)
5. Anda rasa semua lelaki minat kat anda. Dan anda suka
‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda
buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwang lah, anda ajak keluar makanlah,
keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang
minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat derk aje, anda akan kata pula “Alah,
dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku.”
6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau
vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan
berposing yang over seperti buat side posing, menonggekkan bontot, gigit-gigit
jari, dan sebagainya. Pernah tgk vklip MMU Ada Apa Dgn Gedik? Precisely my
point.
Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas, terutamanya
No. 3, 4 & 5 maka mungkin anda patut mendapat nasihat daripada pakar untuk
rawatan selanjutnya sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik. Jika anda masih
belum jelas tentang apa itu gedik, anda bolehlah cuba menonton rancangan
Ma*laysia’s Most Beau*tiful di 8TV setiap Khamis malam untuk mendapat gambaran
am. Cerita realiti tv itu memang penuh dengan perempuan-perempuan gedik.
No comments:
Post a Comment