SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Sunday 25 December 2011

seluar dalam lelaki

Semalam aku pergi lah shopping di Taiping Central. tetiba aku terasa nak beli spender baru. aku singgah la kedai yang bernama Bum Equipment untuk survey spender. seronok juga bila aku tengah-tengah usha spender, ada sorang awek kedai ni mendekati aku tanya apa yang aku cari. so cakap la nak cari spender dik. ayat punya ayat, aku tanya la tentang jenis spender yang ada. then dia bagi beberapa explaination. Rupa-rupanya ada info yang aku sendiri tak tahu.

Sebelum korang beli atau pakai seluar dalam,ada beberapa faktor yang patut korang amik tahu. jangan hanya pakai muat je. antara faktor yang perlu korang tahu ialah rekaan cantik, pinggang selesa dan bahan microfiber yang dapat menyingkirkan kelembapan. sesuai untuk berkerja, bersenam sehingga ke bilik tidur.

Ramai lelaki tak amik endah soal pemakaian seluar dalam ni. ada golongan profesional pakai spender yang sama jenis, lusuh serta berlubang-lubang. alasan yang diberi adalah boleh pakai lagi ni. lelaki suka meng-upgrade barangan dan pakaian, jadi nape tak upgrade spender skali ek?? orang kate cantik diluar pasti cantik didalam..

Jenis spender

1) Brief
Haaa..hampir semua laki pakai spender jenis ni, bagi kaum wanita mereka menganggap spender laki jenis ni sangat seksi dan klasik. selalunya wanita mudah tertarik pada lelaki yang pakai brief terutama bertubuh mantap dan berotot. spender ni sesuai untuk mereka yang aktif bersukan, aktiviti extreme dan untuk ke pejabat berserta seluar slack.




2) Boxer
Ia berbentuk macam seluar pendek dan berpotongan longgar dengan corak tertentu. ia sesuai bagi mereka yang nakkan keselesaan. kelebihan pakai boxer ni adalah lebih selesa, longgar, sesuai dengan cuaca panas, kurangkan rasa gatal di konek, mudah ditanggalkan dan boleh digunakan sebagai seluar tidur. boxer tak sesuai dengan pakaian pejabat.



3) Boxer brief
Jenis ni lebih ketat seperti seluar dalam brief dimana ia bagi keselesaan dan menutupi bahagian tengah antara pinggang dan pinggul. fabrik yang digunakan adalah lebih tebal dan mudah rengang macam kapas lembut, polister. ia sesuai untuk pergi bersukan dan pejabat.




No comments:

Post a Comment