SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Sunday 25 December 2011

Kenali Lelaki Dari Warna


Ungu
Dia seorang yang kuat memburu kejayaan. Pemikirannya lebih banyak positif daripada negatif. Oleh itu jangan terlalu curiga kalau dia berjauhan dengan anda. Mindanya lebih banyak untuk kecemerlangan daripada kegatalan.

Biru Tua
Dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Rangsanglah dia untuk cemerlang dalam kerjayanya. Terlampau mencurigainya akan membuatkan dia bosan dan marah.

Merah
Dia seorang yang berani, bersemangat dan tidak ada istilah gagal dalam hidupnya. Usah dicabar emosinya, nanti dia berani berbuat sesuatu yang tidak terduga oleh anda.

Hijau
Dia seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah. Namun dia seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. Dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap digoda. Usah cepat mencurigainya. Kadang-kadang dia hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada anda.

Kuning
Dia seorang yang ceria. Dia sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. Jangan buatkan dia marah sebab jika dia marah rasa cintanya turut pergi. Anda perlu tahan hati dan perasaan ketika berurusan dengannya kerana sikap cerianya itu mengundang cinta di hati orang lain.

Hitam
Dia seorang yang amat protokol, tetapi emosional dan mudah menangis. Dia tidak suka dicurigai kerana biasanya dia seorang yang jujur.

Coklat
Dia seorang yang matang dan bertanggungjawab.

Putih
Dia seorang yang amanah. Tak usah menyakitkan hatinya selalu kerana semulajadinya dia seorang yang boleh diharap dan penyayang.

No comments:

Post a Comment