Perpisahan didalam
sesuatu hubungan adalah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. Anda perlu
menerima hakikat bahawa pasangan anda sebelum ini bukan lagi milik anda.
Disebabkan kesukaran menerima kenyataan inilah menyebabkan ramai yang melakukan
perkara yang tidak sepatutnya.
Antara adalah..
(1) Menghubungi bekas
pasangan setiap kali anda ingatkan mereka
- Memang tidak dapat
dinafikan bahawa anda pasti akan sentiasa mengingati bekas pasangan lebih-lebih
lagi pada permulaan perpisahan. Ia adalah merupakan satu perkara yang normal.
Tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya. Lakukan sesuatu perkara yang boleh
mengalihkan pemikiran anda daripada memikirkan mengenai mereka.
Sekiranya anda
menghubungi mereka sekali sekala, ia tidak menjadi masalah. Masalah akan timbul
sekiranya anda menghubungi mereka setiap hari kerana anda seolah-olah masih
tidak menerima yang sebenarnya anda berdua telah berpisah. Ia juga dikhuatiri
akan turut mempengaruhi pemikiran dan perasaan anda kelak.
(2) Meluahkan perasaan
seperti orang gila di fb
- Mungkin anda sendiri perasan kini facebook
dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila anda berpisah, anda tidak
perlu untuk menghebohkannya kerana ia amat menjengkelkan orang lain.
Perhubungan adalah merupakan satu perkara yang amat peribadi dan tidak perlulah
anda mengaibkan orang yang pernah anda sayang dikhalayak ramai. Ia juga mungkin
akan mengundang permusuhan.
(3) Memburukkan
pasangan
- Kebiasaannya perkara
ini akan terjadi apabila sesuatu hubungan telah terpisah. Masing-masing akan
berusaha untuk memburukkan bekas pasangan mereka. Jika dinilai kembali, tiada
sebarang manfaat yang anda dapat sekiranya melakukan perkara tersebut.
Sekiranya anda
betul-betul menyayangi mereka, pasti anda akan mengharapkan yang terbaik dan
bukannya meburuk-burukkan mereka. Apa yang lebih mengejutkan adalah perbuatan
ini lebih ramai dilakukan oleh kaum LELAKI!
(4) Kelam kabut untuk
mencari pasangan baru
- Hasil kajian yang telah dilakukan, seseorang
yang bersifat seperti ini kebiasaannya adalah seorang yang bersifat kurang
yakin terhadap diri sendiri, terdesak dan suka bergaantung terhadap orang lain.
sy sedang alamnya sekarang...kehilangan dia amat susah untuk terima...tidak tahu kenapa dan mengapa..mungkin diri ini tidak sesuai dengan dia..atau hanya diri ini yang perasan sahaja...
ReplyDelete