Setiap ciuman dr sorg lelaki mpunyai maksud &
rahsianya sdiri...nak tahu...
Ciuman atau
Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu
tandanya si dia
menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa
sahaja yg bersopan
akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada
bahagian belakang
tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh
seorang anak
terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya,
seorang murid
terhadap gurunya dan seterusnya.... Jarang berlaku
seorang lelaki
mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang
suami kepada
isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan
si lelaki
berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita
tersebut sebagai
seorang yg istimewa dalam hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelak mencium pasangan
wanitanya di
dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan
sebuah kucupan di
dahi itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan
kasihnya begitu
kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda
begitu syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si
dia sayang
pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2
mencium pipi anda,
itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg
terjadi. Malah
ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami
kepada isteri
dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila
suami baru
pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi
menandakan dia
sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda
terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil
memegang kedua
pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan
sehingga wajah
anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan
hinggap di bibir
anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan.
Anda tetap
dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang
terhinggap.
Kucupan dari
Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan
dari arah
belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan,
tiba2 pasangan
anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan
pipi anda. Ini
menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap
anda. Dan anda pun
terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut
berasa senang
hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda.
Benar, jika anda
terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun
masih beralaskan
pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap
anda. Dalam
hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia
akan tunduk pada
setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita
melainkan dalam
sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga
lelaki luar
melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman
di hujung
kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki
berkenaan sudah
terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda.Anda
boleh menganggap si
dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi,
tengoklah juga. Lelaki
pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk
mendapat
perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan
seperti yg anda
tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak
seharusnya dilakukan
No comments:
Post a Comment