1. Meninggikan Suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau
nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan
lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak
bersalah.
2. Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol.
Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus
ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah
tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting
pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa
macam mana tu?
3. Cemburu Buta
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu
tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya
lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi,
ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah
teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas
jugak nak layan kadang-kadang!
![]() |
ini dah kes berat ni...laki cmni xlayak jadi suami..bg pukul smpi mati je laki cmni |
4. Panas Baran
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap
seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit,
mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri
tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima
walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak
sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum
yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah
kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai
mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang
oiii!!!
5. Kaki Merokok
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita.
Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak…
membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita
menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit.
Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan
merokok.
6. Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum
wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya
lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto
dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah
mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
7. Menipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun
memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan
alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal
sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum
wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat
menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis
akan menjauhi anda.
No comments:
Post a Comment