Kita makin tertekan dengan kenaikan harga barang
keperluan. Jika barang mewah atau barang kurang perlu naik harga tak lah kita
kisah sangat. Tetapi barang makanan semakin naik harga. Gula, tepung dan beras
yang terkawal harganya naik sedikit demi sedikit. Caj perkhidmatan seperti tol
, pengangkutan dan lain-lain juga turut naik. Bank juga semakin tidak
bertimbang rasa. Kalau dulu kereta cuma akan ditarik selepas 4 atau 6 bulan
kini 3 bulan sudah kita terima akibatnya. Pinjaman juga semakin susah untuk diperolehi.
Peniaga makin kekurangan modal lalu pelanggan menerima akibatnya.
Melayu kini tidak lagi mudah untuk berurusan dengan
bangsa-bangsa pendapatan. Orang Cina sudah tidak lagi berminat untuk sewakan
premis mereka kepada orang Melayu. Bagi peniaga pula sangatlah susah untuk
mendapat kredit jangkapanjang dari pembekal barangan dagangan dari bangsa
asing. Orang Melayu sudah dikategorikan sebagai bangsa yang tercorot dalam
carta golongan yang boleh diberi kemudahan untuk perniagaan.
Orang Melayu hanya nampak bergaya dari segi kulit luaran.
Mereka sebenarnya hidup atas belas ehsan bangsa pendatang. Jika makan gaji
hanya cukup makan. Nak berniaga mana nak dapatkan modal ? . Nak harapkan
kementerian pembangunan usahawan sudah pun kena pancung. Nak harapkan Tekun,
mereka pun sudah kering tabung. Nak harapkan MARA entah bila wang akan turun.
Nak harapkan SMIDEC , setelah diitukarkan nama kepada SMICorp hala tujunya
bukan lagi untuk bantu orang Melayu.
Makin tertekan hidup rakyat Melayu ditanah tumpah darah
mereka sendiri. Bangsa asing kini menguasai semua sektor ekonomi. Harga barang
dan perkhidmatan bukan lagi ditentukan oleh kerajaan tetapi dikawal oleh
pedagang-pedagang bangsa asing yang dulu hanya menumpang mencari rezeki
ditempat kita.
Dimana orang Melayu selepas ini ? Bergerai
dipinggir-pinggi jalan. Menjual nasi lemak dan goreng pisang. Perniagaan apa
orang Melayu selepas ini ? MLM dan direct selling dan bergantung pada logo
halal dan kesucian barangan buatan muslim. Mengharap tender-tender kerajaan
yang semakin hari semakin kurang. Berebut satu tender hingga 200 ke 300
syarikat mengambil bahagian. Setelah dapat , jika ada modal memang tak
mencukupi. Pergi ke bank untuk ambil pinjaman, macam-macam alasan dan syarat
dikenakan hingga terpaksa meminta dan merayu macam pengemis. Selepas beberapa
ketika pinjaman tak diluluskan. Akhirnya menggadai projek kepada syarikat
bangsa asing. Jadi apa dengan syarikat Melayu bumiputera itu ? Sekadar dapat
menambah senarai pengalaman menjalankan projek didalam profail. Pengarah dapat
sedikit habuan dari jualan projek, kakitangan semakin dikurangkan kerana mereka
tidak lagi diperlukan.
Kemana kita selepas ini ? Terus mengemis di tanah air
sendiri ? Wang kita sudah terkumpul sepenuhnya ditangan bangsa yang dulunya
menumpang disebelah rumah kita. Melayu nak buat apa sekarang ? Berdebat di
stadium, berebut jawatan. Bercakap degar-degar di TV di radio. Berhujah tentang
ketuanan Melayu . Tuan apa bendanya ? Tuan kepada orang Melayu sendiri ? Tapi
tanah air sendiri bertukar tangan. Tuan kita bukanlah lagi orang kita.
Jika berhujah mengenai agama seolah-olah kita adalah
paling Islam dari orang Islam yang lain. Golongan itu tak betul golongan ini
tak betul. Fahaman itu tak betul, fahaman ini tak betul. Tercapailah hasrat
para kapitalis untuk meletakkan orang Islam didalam kelompok mereka sesama
Islam untuk berdebat dan berhujah mengenai agama mereka. Soal ekonomi dan
sosial dilepas pandang. Akhirnya orang Melayu Islam terperosok dalam surau dan
masjid, terus menerus berdebat mengenai fahaman dan amalan.
Nak kemana kita selepas ini ? Dimana nak letakkan anak
cucu kita selepas ini ?
No comments:
Post a Comment