Perkahwinan yang lebih dari seorang isteri dipanggil poligami, di
negara kita poligami bukanlah suatu isu yang besar namun ianya adalah sesuatu
yang kerap dibincangkan di akhbar samaada oleh kaum wanita maupun ustaz-ustaz
yang mahir dan bijak tentang agama. Di negara kita setiap lelaki yang ingin
berpoligami perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah sebelum dibenarkan
berpoligami bagi kelayakkan serta menjamin keadilan terhadap isteri-isterinya
bila berpoligami. Namun tak kurang juga kaum lelaki mengambil jalan mudah untuk
berpoligami dengan bernikah di selatan Thailand kemudian merujuk ke Mahkamah
Syariah untuk tujuan pendaftaran. Ada juga sebahagian lelaki yang berpoligami
tidak mendaftarkan perkahwinannya di Mahkamah Syariah selepas berpoligami. Ini
akan menimbulkan banyak masalah kepada isteri dan anak-anaknya jika berlaku
kematian si suami, bukan itu sahaja. Anak yang dilahirkan dari poligami itu
tidak akan mempunyai nama ayah di dalam sijil kelahiran ( rujuk Jabatan
Pendaftaran Negara ) sudah pasti akan menyusahkan anak-anaknya untuk kehidupan
seharian.
![]() |
Ada yang bahagia berpoligami |
Poligami biasanya diamalkan oleh golongan yang mempunyai kerjaya yang
mantap seperti ahli perniagaan maupun usahawan dan tidak kurang juga orang
biasa. Apa yang diketahui melalui berita akhbar dan sebagainya, ada keluarga
yang berpoligami cukup bahagia dan ada sebahagian tidak bahagia. Saya pernah
mendengar, seorang lelaki tua berkata, lelaki tidak akan berpoligami jika kaum
isteri mampu melakukan yang terbaik untuk suami. Kepada kaum wanita isteri
amnya renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah kata-kata orang tua itu.
Lakukan yang terbaik untuk suami dan suami jadilah pemimipin yang terbaik buat
isteri dan anak-anak. Persoalannya kenapa ada yang bahagia dan ada yang tak
bahagia? Di manakah silapnya pengamal poligami?
Kesimpulannya poligami mampu membantu mengurangkan andartu, ibu
tunggal dan kehidupan seorang wanita lebih terjamin dengan adanya suami yang
mampu memimpin, membimbing dan lebih terjamin keselamatannya. Kaum lelaki
seharusnya lebih bertanggungjawab bila berpoligami dan membantu kaum wanita
serta keluarga agar mencapai kesejahteraan hidup.
No comments:
Post a Comment