1. Menipu
Menipu
adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan
gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk
"menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati
pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka
telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada
pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka
bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga
yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan
terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi
dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan
yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu
diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah
perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru
saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan.
Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau
timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi
kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah
lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan
mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam
menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita
mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan
pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat
ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara
yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
![]() |
Cinta itu indah tapi ia memeritkan |
6. Status Yang Tinggi
Ada
sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka
sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka
memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada
perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup
melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau
inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada
sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering
memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati
pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan
tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak
mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan
menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi
keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari
tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.
noted!thanx
ReplyDelete