SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Sunday, 25 December 2011

kisah sengau


Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas "Vang.. vas nih fegi hamfang ke... ? " bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu. "kenapa awak diam tadi? kesian dia... "

Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab... . haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!... ... .." (macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)... 

lelaki tua ghairah



Lelaki berumur apabila tingkahlakunya suka menggatal akan dikata “tua-tua keladi” maksudnya orang tua berperangai buruk macam orang muda seperti masih suka mengurat atau mengganggu perempuan atau masih suka ke kelab-kelab dangdut dan sebagainya.


Begitulah sebenarnya hakikat ghairah seorang lelaki, ia sebenarnya tidak pernah padam dari remaja hingga ke usia tua. Hanya iman yang mampu mengawal ghairahnya itu supaya disalurkan ke tempat yang betul seperti yang dianjurkan syariat.
Kenapa ghairah lelaki tak pernah padam?  Dalam suatu kajian mendapati wanita akan mengalami penurunan tahap hormon estrogen selari dengan pertambahan usia.  Sebaliknya kadar hormon testosteron lelaki tidak mengalami penurunan walaupun usia semakin tua.
Testosteron adalah hormon seks utama lelaki.  Ia membantu dalam menghasilkan sperma dan juga merangsangkan perkembangan ciri seks sekunder pada seorang lelaki seperti otot yang kasar, misai serta perubahan suara. Estrogen pula adalah hormon seks utama wanita dan ia merangsang ciri seks sekunder wanita seperti payudara dan alat kelamin.


Walaupun tahap testosteron lelaki tidak menurun ketika lelaki bertambah umurnya tetapi ianya bersyarat.  Lelaki itu mesti berada dalam keadaan sihat dan tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.  maksudnya kesihatan adalah syarat utama untuk lelaki mengekalkan keghairahannya.  Jika kesihatan terganggu disebabkan oleh penyakit jantung misalnya, hormon testosteron akan merosot.  Begitu juga dengan obesiti, ia juga menyebabkan penurunan hormon testosteron.
Kesimpulannya ghairah lelaki tidak akan menurun disebabkan usia tetapi disebabkan oleh penyakit.


gadis gedik


ANDA TAHU ANDA GADIS GEDIK BILA….



1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, automatik anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasan adalah antara simptom-simptom awal penyakit gedik.

2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut pemerhatian aku, biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun yang tak cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Takde maknanya kalau cun tapi perangai entah apa-apa.


3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perati anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.

4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik. Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Suka mintak itu mintak ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nk demand perhatian. (Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum ;-D)


5. Anda rasa semua lelaki minat kat anda. Dan anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwang lah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat derk aje, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku.”


6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan berposing yang over seperti buat side posing, menonggekkan bontot, gigit-gigit jari, dan sebagainya. Pernah tgk vklip MMU Ada Apa Dgn Gedik? Precisely my point.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri di atas, terutamanya No. 3, 4 & 5 maka mungkin anda patut mendapat nasihat daripada pakar untuk rawatan selanjutnya sebelum penyakit ini menjadi lebih kronik. Jika anda masih belum jelas tentang apa itu gedik, anda bolehlah cuba menonton rancangan Ma*laysia’s Most Beau*tiful di 8TV setiap Khamis malam untuk mendapat gambaran am. Cerita realiti tv itu memang penuh dengan perempuan-perempuan gedik.

bujang dan andartu


Membujang sehingga lewat usia. Jika lelaki, ramai yang menggelar ‘bujang terlajak’ manakala gelaran yang popular untuk wanita pula ialah ‘anak dara tua’ (andartu). Meskipun ia hanya gelaran digunakan kebanyakan orang tetapi jelas cukup popular tambahan pula apabila jumlah kelompok itu semakin hari semakin bertambah.

Mungkin ramai yang tidak ambil peduli jika ada lelaki membujang sampai ke tua tetapi kebiasaannya lain pula halnya jika ada wanita masih belum berkahwin walaupun usia belum pun sampai masuk angka 40-an.
Namun, merujuk Laporan Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2008 serta Kajian Penduduk dan Kekeluargaan 2004 yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini,peratusan lelaki bujang dalam lingkungan usia 25 hingga 49 tahun lebih tinggi iaitu 59.6 peratus berbanding wanita (40.4 peratus).


Peratusan penduduk bujang berusia 40 hingga 49 tahun pula menunjukkan jumlah di kalangan wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Ia sekali gus memberi gambaran wanita yang semakin berusia sukar mendapat pasangan berbanding lelaki. Ada juga kemungkinan wanita yang berusia lebih 40 tahun tidak akan berkahwin langsung.

Pendidikan menjadi salah satu faktor yang sering dikaitkan dengan isu perkahwinan lewat khususnya bagi mereka berpendidikan tinggi. Statistik menunjukkan wanita bujang berpendidikan tinggi lebih ramai iaitu 34.7 peratus berbanding lelaki (25.7 peratus).

Merujuk kepada jenis pekerjaan pula, didapati peratusan wanita bujang melebihi lelaki bujang dalam kumpulan pekerjaan yang memerlukan tahap kemahiran tinggi seperti penggubal undang-undang, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu.

Sebaliknya peratusan lelaki bujang lebih tinggi dalam kumpulan pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan tinggi seperti pekerja pertanian dan perikanan; pekerja pertukangan; operator loji dan mesin; pekerjaan asas serta tentera.
Berdasarkan pendapatan bulanan pula menunjukkan purata pendapatan wanita bujang adalah sebanyak RM1,547 berbanding hanya RM1,240 bagi lelaki bujang. Pendapatan wanita bujang yang melebihi RM3,000 juga lebih tinggi berbanding lelaki bujang.


Apabila ditanya kepada golongan bujang, 48.3 peratus daripada mereka berpendapat lelaki terus membujang kerana masalah kewangan, 19.1 peratus berpendapat kerana terlalu pentingkan kerjaya dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab (lapan peratus).
Di pihak wanita bujang pula, 24.7 peratus berpendapat wanita terus membujang lantaran terlalu memilih, terlalu mementingkan kerjaya (23.8 peratus) serta sukar mencari pasangan sesuai (19.5 peratus).

Ada pelbagai persepsi mengenai berapakah umur dianggap sebagai lewat berkahwin bagi lelaki dan wanita.Secara keseluruhan, 36.5 peratus daripada penduduk bujang berpendapat umur kahwin lewat bagi lelaki ialah 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, secara purata, umur kahwin lewat bagi lelaki ialah 36.2 tahun manakala wanita pula dianggap lewat berkahwin selepas berusia 31.3 tahun.

Berdasarkan kaji selidik yang dibuat di kalangan penduduk bujang, purata umur yang sesuai bagi lelaki untuk berkahwin ialah ketika berusia 28.4 tahun manakala bagi wanita pula di bawah 25 tahun.
Secara keseluruhan kajian mendapati tiga sebab utama penduduk bujang enggan berumahtangga adalah kerana tiada calon yang sesuai (22.9 peratus), diikuti dengan mempunyai masalah kewangan (18.3 peratus) dan berasa lebih selesa hidup bersendiri (17.4 peratus).


Rumusan daripada sebab utama itu juga mendapati mereka yang berusia 40 tahun ke atas lebih suka bersendiri kerana pada ketika itu, isu perkahwinan bukan lagi perkara penting bagi mereka seterusnya mendorong kepada keputusan untuk terus membujang.

Saturday, 24 December 2011

Kategori cinta


Tidak dinafikan perasaan cinta itu kadang-kadang datang tanpa diminta dan secara tak sengaja.Malah setiap orang tak kira usia,rupa,keturunan,agama,bangsa,pangkat mahupun darjat berhak untuk dicintai dan meyintai.

Setiap orang berhak jatuh cinta kepada seseorang yang disukainya tetapi sedarkah kita atas dasar apakah perasaan cinta kita kepada seseorang atau kerana apakah seseorang itu meyintai kita?Memang mudah melafazkan cinta namun sedarkah kita,mengertikah kita atas dasar apa cinta itu kita rasakan?atau kerana apa ia muncul dan menguasai perasaan dan hati kita?

Oleh kerana cinta itu sesuatu yang unik,maka cinta itu sendiri boleh dikategorikan kepada berbagai-bagai jenis.Dibawah ini dinyatakan beberapa kategori cinta sekadar buat renungan untuk kita semua semoga kita akan lebih bijak dalam menilai dan seterusnya menentukan arah juga tujuan cinta yang kita rasakan...

1)Cinta Segera -Cinta segera biasanya cinta yang hadir ketika pertama kali bersua atau mengenali seseorang yang memiliki rupa atau gaya yang kita minat dan sukai. Cinta dalam kategori ini lebih kepada cinta yang bersifat luaran semata-mata dan sering juga digelar sebagai cinta biasan atau cinta pandang pertama.

(2)Cinta Psycho
-Sifat orang yang dalam kategori cinta ini biasanya amat sensitif,memiliki perasaan cemburu yang kuat dan berlebihan.Setiap masa dan ketika mesti ingin bersama dan berada disamping orang yang dicintainya.Begitu juga dengan dirinya yang sentiasa mahu kan perhatian.

3)Cinta Mainan
-Orang yang dalam kategori cinta ini biasanya digelar playboy atau playgirl.Ini kerana lafaz cinta dan perasaan yang di war-warkan tak lebih dari mainan dan kepura-puraan semata-mata.Cinta yang diluahkan hanyalah demi kepentingan diri sendiri misalnya mahukan wang,harta dan sebagainya dari orang yang dijadikan mangsa mainannya.

4)Cinta Dari Persahabatan
-Apabila dua individu yang bersahabat saling memahami antara satu sama lain,lama kelamaan akan timbul perasaan yang lebih dari sahabat iaitu perasaan saling menyayangi dan tidak selesa atau takut bila berjauhan.Inilah yang dikatakan cinta dari persahabatan.Cinta yang lahir dari persefahaman dan saling mengerti antara dua individu yang telah mengenali,memahami dan memaklumi sikap,perangai juga perasaan antara satu sama lain.

5)Cinta Buta
-Orang yang tergolong dalam kategori cinta buta biasanya sanggup melakukan apa saja asal tercapai hajat dan dapat memiliki orang yang disayanginya.Sanggup bergolok bergadai,susah,sengsara dan merana demi cinta yang dipertaruhkannya tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri dan orang-orang di sekeliling misalnya keluarga.Apa yang penting,segalanya hanyalah untuk orang yang dicintai dan dimahukannya.

Info kesihatan - kekuasaan payudara


Bila seseorang lelaki melihat wanita,apa yang selalunya diperhatikan?Memang sudah menjadi kebiasaan mata lelaki pastinya tertarik pada payudara wanita.Apalagi kalau wanita itu memiliki payudara yang besar,montok dan menegang.Rata-rata lelaki pastinya tidak segan-segan mencuri pandang pada keindahan organ wanita yang biasanya membuat lelaki penasaran untuk melihatnya.

Ternyata payudara wanita memiliki tarikan yang tersendiri kepada lelaki.Dan perlu diakui,organ wanita yang satu ini ibarat kuasa yang amat hebat menarik perhatian rata-rata lelaki.


Kebanyakan lelaki begitu tertarik melihat payudara wanita berdasarkan beberapa sebab.Antara sebab-sebab utama adalah seperti berikut ini..

Rasa Aman Dan Tenang
-Lelaki menganggap payudara merupakan bahagian tubuh wanita yang memberi ketenangan bila menatapnya.Ianya seolah-olah mengingatkan lelaki kepada perasaan aman,selamat dan kehangatan serta kedekatan yang dirasakan sewaktu disusui ibu semasa bayi.

Lambang Kesuburan Seseorang Wanita
-Payudara yang indah memberi gambaran tentang kesihatan dan kesuburan seseorang wanita dalam memberikan keturunan dan meneruskan kelangsungan hidup.

Objek Visual Rangsangan Seks
-Jika wanita mampu terangsang dengan menonton filem atau membaca buku yang erotik,lelaki sebenarnya perlukan lebih dari itu untuk membuatkan mereka mencapai kerangsangan.Payudara wanita ibarat imej yang memberikan lelaki visualisasi rangsangan untuk memberikan mereka rasa ghairah dan berahi.

Pusat Keghairahan Wanita
-Bagi lelaki payudara adalah pusat utama untuk menaikkan ghairah wanita selain dari alat kelamin.Merangsang payudara seperti menyentuh,meremas,mengucup atau menggigit halus dianggap cara terbaik untuk memberikan keghairahan,rasa berahi dan kenikmatan kepada wanita.

Anggapan Tabu Terhadap Payudara
-Menonjolkan atau mendedah payudara dianggap sesuatu yang tabu dan moraliti yang kurang baik oleh khalayak masyarakat.Namun inilah yang membuat kebanyakan lelaki gila dan tertarik.Sesuatu yang tertutup dan disembunyikan,membuatkan perasaan ingin tahu atau ingin melihat semakin bertambah.


Demikianlah beberapa sebab yang membuatkan lelaki amat menyukai payudara wanita.Ternyata payudara wanita memiliki kuasa yang hebat membuat rata-rata lelaki sentiasa penasaran untuk melihat dan menatapnya.

Gangguan seksual