SeLAmAT DaTAnG

" Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain. "

Wednesday, 2 November 2011

Lunch Time

It's MINE....
Hari ni aku dengan opismates pergi lunch di Carl's Junior yang terletak di Mid Valley Mall di tingkat 3 berhadapan dengan GSC...
1st time makan ingatkan sedap tapi kureng... boooo boooo.....lagi sedap Burger King.
Carls Junior provide burger yang bersaiz XXL, XL & L dan minuman yang boleh refill..Kentang goreng sedap bila still panas le...

Sodap...kentang ni...hihi
Gelojoh mamat berdua tuh...

Pastu bila balik ke opis lepas lunch, ni lah yang terjadi. Si botak baru je duk atas kerusi dia..disebabkan dia makin besar & berat badan bertambah selepas makan burger yang gedabak besarnya, kerusi opis dia terus patah pas dia duduk..hahahahhaha lawak gile

Bukti kegemukan Botak


Tuesday, 1 November 2011

Melaka Maju KONON

Keratan akhbar 02/11/2011 Harian Metro

Turun monorel guna tangga


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MELAKA: Sepasang suami isteri warga Britain yang menggunakan perkhidmatan Monorel Melaka
untuk melihat pemandangan di sepanjang sungai Melaka terpaksa turun di tengah perjalanan
dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, di sini, semalam.
Malah, James Craft, 57 dan Anne Craft, 49, terpaksa turun daripada monorel itu menggunakan
tangga apabila perkhidmatan itu terhenti tiba-tiba jam 1 tengah hari semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad ketika dihubungi berkata,
kejadian berlaku berikutan kerosakan pam pintu monorel berkenaan.

Katanya, disebabkan ciri keselamatan diguna pakai, monorel berkenaan terhenti secara automatik
sekiranya pam pintu didapati longgar ketika sedang bergerak.

“Ketika kejadian, monorel itu membawa pelancong pasangan suami isteri warga Britain, James Craft
dan Anne Craft dan ia terhenti apabila mengalami kerosakan pada pam di bahagian pintunya,” katanya.


APA PUN TAK BOLEH.....hahahahha KONON MAJU LA SANGAT, DIBANGGA-BANGGA KAN SANGAT TAPI HAMPEH...IF MAJU TAK YAH LA NAK PROPA-PROPA SANGAT..

MALU LA.....KL YANG ADA BERLAMBAK KOMUTER & TREN PUN TAKDE PROPA CAM KORANG...

Rahsia Bulan


MAC
·         Berpesonaliti menarik dan menawan.
·         Mudah didampingi.
·         Sangat pemalu dan pemendam rasa.
·         Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
·         Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
·         Suka pada kedamaian.
·         Sangat peka pada orang lain.
·         Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
·         Tidak cepat marah dan sangat amanah.
·         Tahu membalas dan mengenang budi.
·         Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
·         Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
·         Suka berangan-angan.
·         Suka melancong.
·         Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
·         Kelam kabut dalam memilih pasangan.
·         Suka dengan hiasan rumahtangga.
·         Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
·         Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
·         Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

Lawak sejenak


Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.
Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Dokter : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"


Cara Lelaki Menguji Wanita



1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.
Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:

Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Fakta @ Lawak



Fakta Penting di Dunia...

FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat didalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Disebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya disalah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York

Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.


FAKTA 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.


FAKTA 6: Karam Singh Walia
Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis nama dia. Kui...kui...kui...kui...

Untuk Panduan anda yang suka ber-sms